Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Perjanjian dagangan bebas penting bagi S'pura meski India undur diri: Dr Vivian Balakrishnan

Perkongsian Menyeluruh Ekonomi Serantau (RCEP) masih "penting" walaupun India menarik diri dari pakatan perdagangan itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 08 Nov 2019 07:04PM Dikemas Kini : 08 Nov 2019 08:58PM

SINGAPURA: Perkongsian Menyeluruh Ekonomi Serantau (RCEP) masih "penting" walaupun India menarik diri dari pakatan perdagangan itu.

Menurut Menteri Luar Dr Vivian Balakrishnan, perjanjian-perjanjian dagangan bebas seperti RCEP penting bagi Singapura.

Ini sedang konsep dagangan berbilang pihak kian mendapat tekanan.

Dr Balakrishan berkata demikian semasa wawancaranya dengan stesen radio CNA938 pagi tadi (8 Nov).

15 daripada 16 negara memuktamadkan rundingan bagi RCEP minggu ini.

Negara-negara tersebut membentuk 29 peratus daripada GDP dunia dan 27 peratus daripada dagangan global.

Dr Balakrishnan berkata perkembangan itu adalah satu "pencapaian yang sangat besar", walaupun tanpa India.

"Rakyat anda perlu yakin bahawa mereka boleh bersaing, produktif, daya pengeluaran, kemahiran, prasarana, sistemnya yang membuatkan kita mampu bersaing secara global. Jika rakyat anda tidak mempunyai keyakinan, mereka akan menjadi takut untuk memasuki perjanjian dagangan bebas," ujar Dr Balakrishnan.

Dr Balakrishnan menambah Singapura tidak mampu keluar daripada sistem berbilang pihak kerana saiznya yang kecil.

Sebaliknya, Singapura perlu kekal terbuka, konsisten dan boleh dipercayai.

Ini penting apabila berdepan dengan Amerika Syarikat dan China, kedua-duanya sedang bergelut dalam pertikaian perdagangan.

Dr Balakrishnan turut menyentuh tentang hubungan Singapura dengan Malaysia.

Beliau akur bahawa hubungan tersebut adalah rumit dan ketegangan mungkin timbul dari masa ke semasa.

"Mujur, kita mempunyai hubungan yang baik dan kukuh dan keupayaan kita untuk berkomunikasi di peringkat kepimpinan paling kanan. Jadi kita boleh mengatasi perselisihan faham. Lebih penting kita mampu berunding, berunding atas dasar saksama, bergantung kepada undang-undang antarabangsa," menurut Dr Balakrishnan lagi.

Dr Balakrishnan gembira kedua-dua negara nampaknya membuat kemajuan dalam projek Sistem Gerak Cepat Singapura-Johor (RTS).

Singapura juga akan menunggu keputusan Malaysia mengenai projek Kereta api Laju Kuala Lumpur-Singapura.

Kedua-dua projek tergantung selepas perubahan kepada pucuk kepimpinan Malaysia.  

Sumber : CNA/NF/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan