Skip to main content

Singapura

Perjanjian baharu dimeterai tingkatkan peluang pelaburan syarikat SG di Jordan

Salah sebuah syarikat Singapura yang terbesar di Jordan sedang meningkatkan pelaburannya di negara itu sebagai sebahagian daripada perjanjian baharu yang dimeterai.

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Salah sebuah syarikat Singapura yang terbesar di Jordan sedang meningkatkan pelaburannya di negara itu sebagai sebahagian daripada perjanjian baharu yang dimeterai.

BIGO Technology, yang mempunyai nilai pasaran lebih AS$2.1 bilion (S$2.7 bilion) membawa masuk syarikat-syarikat pemula di bawah program inkubasinya untuk menembusi pasaran teknologi yang berkembang di Timur Tengah.

Perjanjian itu dimeterai di Forum Perikatan Teknologi Jordan-Singapura yang menghimpunkan lebih daripada 300 pemimpin industri dari kedua-dua negara untuk meneroka idea berhubung kerjasama teknologi.

Mereka juga membincangkan manfaat untuk syarikat-syarikat Singapura yang mengembang ke Jordan, terutama sekali bagi syarikat-syarikat yang menebarkan sayap ke rantau Timur Tengah dan Afrika Utara.

Pengarah Hubungan Pemerintah, BIGO Technology, Khaldoun Mahmoud berkata: "Jordan menyokong sesebuah pemerintah yang sangat progresif, yang membolehkan model 'plug and play' untuk syarikat-syarikat memasuki pasaran dan mengalami rantau itu dari sudut Jordan, dengan kos yang lebih rendah, perbelanjaan lebih rendah dan juga dapat berkembang di rantau itu."
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita