Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Perjanjian 7 pihak dimeterai bagi bentuk perikatan kemampanan

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Satu perjanjian dimeterai antara tujuh pihak untuk membentuk perikatan kemampanan bagi menjadikan acara-acara industri lebih mesra alam.

Ia meliputi bidang-bidang seperti perjalanan perniagaan mampan, mengurangkan sisa dan pelepasan karbon semasa persidangan dan pameran.

Perjanjian itu ditandatangani Lembaga Pelancongan Singapura (STB) dan syarikat-syarikat penganjur acara terbesar di dunia, di luar pelancaran Sidang Puncak CEO Asia.

Perikatan Kemampanan Mice Global akan menetapkan sasaran-sasaran mesra alam yang jelas dalam enam bulan akan datang.

Rancangan-rancangan itu akan dirintiskan semasa acara Makanan dan Minuman FHA pada 2024.

STB juga memeterai perjanjian dengan penganjur acara global Comex-posium, untuk melancarkan dua acara besar di Singapura pada tahun depan, yang antara lain, bakal menampilkan cermin mata dan gaya hidup.

Sementara itu, syarikat Kumpulan Pameran Italia, IEG akan mengambil alih dua pameran dagang di Singapura dan menubuhkan ibu pejabat Asia Tenggara di negara ini.
Sumber : CNA/ZM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan