Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Perjalanan Singapura melawan COVID-19 warnai Persembahan Malam NDP

Sambutan Hari Kebangsaan turut diadakan di Pusat Seni Persembahan The Star.  

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Sambutan Hari Kebangsaan turut diadakan di Pusat Seni Persembahan The Star.

Ini kali pertama pertunjukan NDP diadakan dalam dewan tertutup - disaksikan 150 jemputan sahaja.

Setibanya tetamu undangan di bangunan The Star Vista, mereka perlu mencari nombor pintu seperti yang tertera di kad jemputan mereka.

Ini kerana para penonton dibahagikan kepada tiga zon berbeza dan tidak dibenarkan bergaul sebaik sahaja tiba di barisan beratur masuk sehinggalah mereka keluar bangunan.

Para hadirin perlu melalui dua tahap pemeriksaan. Pertama apabila mereka memasuki bangunan The Star Vista ini dan sekali lagi apabila mereka mahu memasuki panggung persembahan di lantai tiga bangunan ini.

Tepat jam 7.00 malam, tirai Pertunjukan Malam dibuka dengan paparan pembangunan negara dari masa silam hinggalah sekarang sedang negara memerangi COVID-19.

Sepanjang satu jam setengah, para penonton dihiburkan dengan persembahan dan menyorot sejenak perjalanan negara berdepan dengan krisis COVID-19 menerusi tayangan video.

Di atas pentas, kesemua 87 penari dan penyanyi juga perlu mematuhi langkah-langkah keselamatan.

Kira-kira 10 minit sebelum pertunjukan berakhir, pengacara mengajak para penonton di rumah untuk sama-sama melafazkan ikrar negara sebaik sahaja semboyan dibunyikan.

Suasana bertukar syahdu apabila Lagu Kebangsaan bergema dan dinyanyikan semua warga Singapura.

Ini diikuti pula dengan kemuncak acara dengan pertunjukan bunga api.  

Sumber : BERITA Mediacorp/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan