Perjalanan percuma di 3 stesen pertama laluan Thomson-East Coast
Orang ramai boleh menikmati perjalanan percuma antara tiga stesen MRT di Laluan Thomson-East Coast (TEL) apabila ia dibuka bulan depan.
SINGAPURA: Orang ramai boleh menikmati perjalanan percuma antara tiga stesen MRT di Laluan Thomson-East Coast (TEL) apabila ia dibuka bulan depan.
Tiga stesen itu membentuk sebahagian laluan MRT baru, yang akan dibuka bertahap-tahap bermula tahun depan.
Bahagian pertama laluan MRT keenam Singapura itu akan dibuka kepada pengunjung pada 11 Jan depan bagi satu acara rumah terbuka khas, menjelang pembukaan rasminya pada 31 Jan.
Orang ramai boleh menikmati perjalanan percuma antara stesen Woodlands North, Woodlands dan Woodlands South dari pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang, menurut satu kenyataan media Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pad Rabu (11 Dis).
Perjalanan percuma juga akan ditawarkan pada tiga hari pertama setelah laluan itu dibuka rasmi, dari 31 Jan hingga 2 Feb.
Stesen-stesen itu juga akan menampilkan ciri peta sistem MRT baru yang dilancarkan pada Rabu, bertujuan memudahkan penumpang merancang perjalanan masing-masing.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.