Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Perjalanan harian teksi & kereta sewa privet naik 6% berbanding 2021

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Perjalanan harian yang dilakukan teksi dan kereta sewa privet (PHC) meningkat 6 peratus tahun ini.

Berbanding tahun lalu, ia adalah tambahan 32,000 purata perjalanan setiap hari, kata Menteri Negara Kanan Pengangkutan, Dr Amy Khor.

"Dengan pembukaan semula sempadan serta lebih ramai yang kembali bekerja di pejabat selepas sekatan COVID-19 dilonggarkan, kita lihat peningkatan yang mantap dari segi permintaan untuk teksi serta khidmat PHC. Ini tentunya berita baik untuk sektor khidmat pengangutan teksi dan kereta sewa privet (P2P) kita serta para pemandu," ujar Dr Khor. 

Dr Khor menambah, lebih bayak permohonan untuk lesen teksi dan kereta sewa privet diterima oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) tahun ini.

Kini, sekitar 950 permohonan diterima setiap bulan, berbanding hanya 650 pada setiap bulan tahun lalu.

Ini merupakan peningkatan sekitar 45 peratus. 

Sumber : CNA/IQ/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan