Perjalanan capai visi T5 uji upaya dan daya tahan SG
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Usaha yang besar diperlukan untuk merealisasikan visi Terminal 5 (T5) Lapangan Terbang Changi kerana pasukan yang terlibat dalam pembinaannya bukan sahaja perlu mengikuti perkembangan teknologi yang pesat, ia juga mesti menyatukan semua rakan kongsi, vendor dan pekerja.
Ini selain menyusun dan menyelaraskan usaha mereka secara terperinci bagi membina terminal tersebut.
Perjalanan itu sendiri bersifat transformatif dan merupakan satu ujian terhadap keupayaan serta daya tahan Singapura.
Demikian menurut Menteri Kanan Lee Hsien Loong dalam catatannya di laman Facebook pada Selasa (10 Feb) selepas melakukan kunjungan ke Pameran 'T5 In the Making' di Terminal 3 (T3) Changi.
Menurut SM Lee, pameran imersif tersebut menceritakan bagaimana lapangan terbang Singapura dibangunkan, di samping memberi gambaran masa depan apabila T5 siap kelak.
"Saya mula menyentuh tentang T5 Changi lebih sedekad lalu, bahkan sebelum kami memulakan pembinaan Terminal 4 dan Jewel.
"Kami membayangkannya sebagai sebuah terminal mega yang akan meningkatkan keterhubungan udara, darat dan laut, serta menjadi tempat di mana pengalaman dikongsikan bersama bagi generasi rakyat Singapura seterusnya," kata SM Lee.
Di Pameran 'T5 In the Making', sebuah model berskala menonjolkan saiz T5 yang amat besar, sekali gus bakal menjadikannya terminal terbesar di Changi.
Robot-robot di pameran itu pula mempamerkan bagaimana Lapangan Terbang Changi bersiap sedia bagi masa depan yang lebih bijak, mesra alam dan berdaya tahan.
"Saya berharap anda berpeluang mengunjungi dan menyaksikan sendiri bagaimana cita-cita penerbangan Singapura 'terbang' ke tahap yang baharu," tambah SM Lee.
Pameran 'T5 In the Making' akan berlangsung di T3 Changi sehingga Mac i

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : BERITA Mediacorp/IM/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.