Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Perintah Sekatan di bawah Akta Mengekalkan Keharmonian Agama berkuat kuasa serta-merta

Perintah sekatan yang dikeluarkan di bawah Akta Mengekalkan Keharmonian Agama (MRHA) akan berkuat kuasa serta-merta dan tiada notis 14 hari yang akan dikeluarkan, seperti sebelum ini.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 07 Oct 2019 08:52PM Dikemas Kini : 07 Oct 2019 10:07PM

SINGAPURA: Perintah sekatan yang dikeluarkan di bawah Akta Mengekalkan Keharmonian Agama (MRHA) akan berkuat kuasa serta-merta dan tiada notis 14 hari yang akan dikeluarkan, seperti sebelum ini.

Matlamatnya, untuk mengekang sebarang kenyataan ofensif daripada tersebar di media sosial dengan pantas.

Beberapa pindaan lain kepada MRHA turut diluluskan Parlimen hari ini (7 Okt).

Kebebasan beragama dan mengekalkan pemerintah yang sekular merupakan prinsip-prinsip utama Akta Mengekalkan Keharmonian Agama (MRHA).

Bagaimanapun, Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap undang-undang K Shanmugam menarik perhatian kepada empat trend yang berubah sejak akta tersebut diluluskan 30 tahun lalu.

Ini termasuk kebangkitan semangat beragama yang boleh disalahgunakan bagi tujuan identiti politik.

"Sekularisme adalah ideal tetapi sukar untuk mendapat keseimbangan yang betul. Perlembagaan kita menjamin kebebasan beragama, begitu juga perlembagaan banyak negara lain, termasuk Amerika Syarikat dan ia tidak menghalang kebangkitan identiti politik," ujar Encik Shanmugam.

"Trend kedua adalah peningkatan keganasan akibat konflik didorong ucapan kebencian agama. Apabila ucapan kebencian menjadi sistematik dan normal, ia meranapkan perpaduan sosial."

Encik Shanmugam turut menyentuh tentang media sosial dan internet yang boleh digunakan untuk mendapatkan sokongan bagi kebencian dan rusuhan.

Akta yang dikemas kini itu memerlukan pertubuhan-pertubuhan agama untuk mengisytiharkan sama ada mereka mendapat pembiayaan dan ada hubungan dengan entiti asing.

Pindaan-pindaan tersebut akan merangkumi kesalahan berkaitan agama dibawah Kanun Keseksaan.

Ini meliputi kesalahan-kesalahan yang mengajak keganasan terhadap seseorang atau kumpulan lain. 

Sumber : CNA/RR/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan