Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Perikatan untuk Bertindak akan lakar cadangan bantu sepadukan karyawan asing dalam masyarakat

Sebuah badan awam-swasta dibentuk untuk membangunkan saranan tentang bagaimana untuk menyepadukan karyawan asing secara lebih baik ke dalam tempat-tempat kerja dan masyarakat Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Perikatan untuk Bertindak akan lakar cadangan bantu sepadukan karyawan asing dalam masyarakat

Pejalan kaki menyeberang jalan di Singapura. (Gambar: iStock/3yephotography)

Diterbitkan : 10 Mar 2025 09:44PM Dikemas Kini : 10 Mar 2025 09:45PM
SINGAPURA: Sebuah badan awam-swasta dibentuk untuk membangunkan saranan tentang bagaimana untuk menyepadukan karyawan asing secara lebih baik ke dalam tempat-tempat kerja dan masyarakat Singapura.

Berucap di Parlimen pada Isnin (10 Mac), Menteri Negara Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) Alvin Tan berkata Perikatan untuk Bertindak (AfA) telah ditubuhkan bagi tujuan tersebut.

AfA adalah perkongsian yang menggabungkan orang awam, sektor swasta dan awam untuk mencipta bersama dan melaksanakan huraian untuk pelbagai isu,.

AfA kali ini melibatkan kementerian beserta Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura (SNEF), dan Persekutuan Perniagaan Singapura, berdasarkan kenyataan fakta MCCY.

AfA tersebut akan berfungsi mulai Februari hingga September tahun ini, dengan matlamat untuk berkongsi cadangannya pada separuh kedua tahun ini.

Dipengerusi bersama oleh Encik Tan serta bendahara kehormat SNEF Marcus Lam, AfA menghimpunkan para wakil dari Persatuan dan Dewan Perdaganan (TAC) serta ahli korporat daripada pelbagai sektor.

AfA sudah pun mendampingi beberapa pemimpin korporat, pegawai pengurusan pertengahan dan kakitangan dari pelbagai syarikat sepanjang beberapa bulan kebelakangan ini, untuk mendapatkan pandangan mereka mengenai usaha penyepaduan karyawan asing, menurut MCCY.

"Walaupun karyawan asing membawa kemahiran, perspektif, pengalaman yang dapat bantu menyokong pelaburan dan mewujudkan peluang pekerjaan bagi rakyat Singapura, terdapat keprihatinan mengenai persaingan pekerjaan dan kehilangan identiti negara serta norma sosial kita," menurut MCCY.

"Para karyawan asing tinggal dan bekerja dalam kalangan kita, ramai untuk tempoh masa yang lama, dan kita mesti mewujudkan persekitaran di mana tenaga kerja tempatan dan asing dapat saling memahami dan menghargai norma sosial dan budaya masing-masing.

"Dengan menggalakkan pergaulan bermakna dan persahabatan antara rakyat tempatan dan warga asing di tempat kerja dan masyarakat, kita boleh mengukuhkan rasa hormat antara satu sama lain dan membina sebuah masyarakat yang lebih padu."
Sumber : CNA/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan