Perikatan tiga pihak ganding bahu kaji bagaimana pekerja warga emas boleh kekal bekerja
Anggaran Waktu Membaca:

Warga emas dilihat berehat di luar stesen MRT Raffles Place pada 14 Jan 2022. (Gambar: Calvin Oh/CNA)
SINGAPURA: Sedang penduduk Singapura menua, pemerintah, majikan dan kesatuan sekerja akan berganding bahu untuk menyemak dan merombak strategi-strategi pekerjaan bagi warga emas.
Bagi tujuan itu, sebuah Kumpulan Kerja Perikatan Tiga Pihak mengenai Pekerjaan Warga Emas baharu akan ditubuhkan tahun ini.
Kumpulan kerja itu akan mengemukakan saranan-saranan untuk membantu agar warga emas kekal produktif dan terus bekerja.
Ia juga akan menggalak langkah mewujudkan tempat kerja dan pekerjaan yang mesra warga emas.
Selain itu, kumpulan kerja tersebut akan menghimpunkan Perikatan bagi Tindakan untuk meneroka kerjaya berbilang tahap bagi pekerja matang.
Demikian dikongsi Menteri Negara Kanan Tenaga Manusia Koh Poh Koon di Parlimen pada Jumaat (7 Mac).
Langkah-langkah itu dilakukan memandangkan kadar penyertaan dalam tenaga kerja tempatan, merosot buat tiga tahun berturut-turut.
Keadaan itu terutamanya kerana keadaan penduduk Singapura yang kian menua.
Pada 2024, kadar penyertaan dalam tenaga kerja bagi penduduk berusia 15 tahun dan ke atas ialah 68.2 peratus, turun daripada 68.6 peratus pada 2023 dan 70 peratus pada 2022.
Namun golongan lanjut usia di negara ini hidup lebih lama dan lebih sihat.
Oleh itu pemerintah mahu memberi mereka peluang untuk terus bekerja selagi mereka mahu dan boleh, agar mereka dapat menyumbang kepakaran mereka dan menabung bagi persaraan mereka, jelas Dr Koh.
"Ini akan membantu majikan memenuhi keperluan tenaga manusia dalam pasaran tenaga manusia yang sengit," tambah Dr Koh.
Meskipun kadar penyertaan tenaga buruh Singapura bagi mereka yang berusia 60 hingga 69 tahun ialah 59.7 peratus tahun lalu – meletakkannya antara lima negara teratas Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD). – ramai warga emas berhenti bekerja sebelum 65 tahun, selalunya dalam lingkungan usia 50-an tahun.
Kadar penyertaan tenaga buruh jatuh daripada 86 peratus bagi mereka yang berusia 50 hingga 54 tahun kepada 67.9 peratus bagi mereka yang berumur 60 hingga 64 tahun – penurunan ketara iaitu kira-kira 18 mata peratusan.
"Ini adalah atas beberapa sebab," kata Dr Koh. "Sebilangan ingin memperlahankan rentak kehidupan mereka dan memberi tumpuan kepada komitmen keluarga dan peribadi. Yang lain pula belum bekerja untuk seketika waktu dan ingin memperkasa kemahiran mereka untuk kembali ke tenaga kerja."
Untuk menangani cabaran ini, kumpulan kerja tiga pihak tersebut akan meneroka cara menyesuaikan perkhidmatan kerjaya bagi warga emas, seperti dengan melibatkan Agensi Tenaga Kerja Singapura dan rakannya untuk menyediakan bengkel bimbingan kerjaya bagi mereka yang berusia 50 tahun dan ke atas.
Ia juga akan meneliti bagaimana pekerjaan dan tempat kerja boleh menyokong kerjaya berbilang tahap, di mana pekerja boleh menyesuaikan beban kerja mereka berdasarkan keperluan dan aspirasi peribadi. Antara idea yang dikaji adalah kerja pecahan, di mana warga emas yang pakar dalam bidang masing-masing menawarkan kemahiran khusus secara sambilan dan bukannya sebagai pekerja sepenuh masa.
"Dengan waktu kerja yang lebih panjang, pekerja perlu terus mengekalkan kemahiran mereka dan kekal terbuka untuk mencuba perkara baharu dalam kerjaya peringkat akhir mereka," kata Dr Koh.
Kumpulan kerja itu akan dipengerusikan bersama oleh Dr Koh, timbalan setiausaha agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) Desmond Tan dan naib presiden Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura (SNEF) Tan Hwee Bin.
Selain itu, Alliance for Action mengenai kerjaya berbilang tahap bagi pekerja matang akan melibatkan pelbagai pihak berkepentingan, termasuk warga emas dan karyawan pengurusan dan sumber manusia, untuk melakarkan idea.
Ia juga akan bekerjasama dengan majikan untuk membuat prototaip penyelesaian untuk menyokong pekerjaan warga emas. Majikan yang mengambil bahagian akan menerima pembiayaan dan sokongan perundingan untuk ini, jelas Dr Koh.
KADAR CARUMAN CPF BAGI PEKERJA LEBIH TUA
Inisiatif ini adalah sebahagian daripada langkah lebih meluas dalam Belanjawan 2025, yang menyasarkan untuk menyokong para pekerja kanan.
Antaranya termasuk kadar caruman Tabung Simpanan Pekerja (CPF) bagi mereka yang berusia 55 hingga 65 tahun dan ke atas akan dinaikkan sebanyak 1.5 mata peratusan pada 2026, sejajar dengan kenaikan secara bertahap-tahap yang dicadangkan oleh Kumpulan Kerja Perikatan Tiga Pihak mengenai Pekerja Warga Emas.
Ini akan menjadikan kadar caruman CPF bagi pekerja berumur 55 tahun danke atas hingga 60, kepada 34 peratus – 3 peratusan mata di bawah sasaran 37 peratus yang ditetapkan pemerintah.
Bagi mereka yang berusia 60 hingga 65 tahun dan ke atas, kadar caruman CPF akan melonjak kepada 25 peratus, iaitu 1 peratusan mata lebih rendah daripada sasaran 26 peratus yang ditetapkan.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.