Perikatan baharu dibentuk tangani kes melonggok barang di SG dengan 'cara lebih mampan'
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar hiasan. (Gambar: iStock)
SINGAPURA: Untuk menangani isu melonggok barang (hoarding) dengan lebih berkesan, pemerintah bekerjasama dengan agensi perkhidmatan sosial, kumpulan masyarakat dan pertubuhan swasta untuk menyelaraskan usaha mengurus tingkah laku tersebut.
Inisiatif yang dipanggil Pasukan Tindakan Sekitaran Baharu (NEAT), bertujuan untuk menghimpunkan kepakaran dan sumber daripada sektor awam, privet dan orang ramai untuk menguruskan isu melonggok barang secara lebih "menyeluruh dan mampan", menurut Kementerian Pembangunan Negara dan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga.
NEAT terdiri daripada 28 anggota, termasuk agensi perkhidmatan sosial yang berpengalaman menyokong individu yang melonggok barang dan mengesan kes berisiko.
Persatuan perdagangan dan perusahaan yang berminat untuk menyumbang kepada usaha membersihkan dan memberi nafas baharu kepada sesebuah rumah itu juga telah disertakan, menurut kedua-dua kementerian itu dalam kenyataan media pada Rabu (22 Jan).
Perikatan itu dipengerusikan bersama oleh Menteri Negara Kanan Pembangunan Negara Sim Ann dan Setiausaha Parlimen Kanan Pembangunan Sosial dan Keluarga Eric Chua.
Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee, yang juga menteri bertanggungjawab bagi integrasi perkhidmatan sosial, bertindak sebagai penasihat pasukan itu.
“Menangani kes melonggok barang secara holistik memerlukan kita untuk melakukan lebih daripada sekadar membersihkan rumah dan memberi nafas baharu. Kita perlu mewujudkan sistem sokongan yang teguh untuk mengubah tingkah laku, mengukuhkan sokongan masyarakat, dan mencegah kejadian itu daripada berulang,” kata Encik Lee.
NEAT akan menghimpunkan kepakaran kolektif ahlinya untuk melibatkan keluarga yang terjejas oleh kes melonggok barang itu, tambahnya.
Tingkah laku melonggok barang selalunya berpunca daripada punca yang kompleks dan mendalam seperti keadaan kesihatan mental, pengasingan sosial, trauma atau kesedihan yang mendalam, menurut kementerian.
Motivasi seseorang individu itu untuk melonggok barang dan ketersediaan rangkaian sokongan keluarga berbeza dari satu individu ke individu yang lain.
Dengan populasi Singapura yang semakin menua, jumlah kes melonggok barang dijangka meningkat.
Dalam kes ekstrem, kes melonggok barang boleh membahayakan kesihatan dan keselamatan penghuni serta jiran.
Setakat Jun 2024, kumpulan teras bagi menguruskan kes melonggak barang HMCG telah mengurangkan keterukan 270 kes dan sedang memantau secara aktif kes ini untuk mengelakkannya daripada berulang.
Bagaimanapun, ia juga sedang melakukan usaha ke atas lagi 357 kes aktif, meningkat daripada 253 pada Disember 2021.
HMCG, yang diketuai oleh Pejabat Perkhidmatan Perbandaran (MSO), ditubuhkan pada 2014 untuk menyelaraskan usaha bagi kesemua agensi dan menyelesaikan kes melonggok barang secara berlarutan dan teruk.
Agensi pemerintah daripada HMCG akan menyokong NEAT dalam menangani kes yang teruk dan memastikan keselamatan awam.
Perikatan itu telah menetapkan beberapa matlamat, termasuk menyelaraskan liputan geografi, mengoptimumkan sumber dan sukarelawan, serta menggalakkan keluarga dan masyarakat untuk mengenal pasti orang yang berpotensi melonggok barang dengan lebih awal.
Sejak Januari 2024, MSO dan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga telah bekerjasama dengan ahli NEAT.
Ia juga telah mengambil bahagian dalam usaha pembersihan rumah bagi kes sedemikian dengan agensi perkhidmatan sosial dan kumpulan masyarakat di Boon Lay, Buona Vista dan Pasir Ris.
Selain itu, NEAT juga berhasrat untuk meningkatkan kesedaran tentang situasi kes melonggok barang di Singapura dan meneroka langkah pencegahan untuk menangani isu tersebut.
“Kes melonggok barang adalah isu kompleks yang memerlukan usaha seluruh masyarakat untuk mengurusnya,” kata Encik Francis Foo, pengarah kebangsaan Habitat for Humanity Singapore, salah satu agensi perkhidmatan sosial yang merupakan sebahagian daripada gabungan itu.
"Setiap ahli membawa kepakaran dan pengalaman unik ke meja, dan dengan berkongsi pandangan ini dan belajar antara satu sama lain, kami boleh meningkatkan pendekatan kami untuk menangani kes melonggok barang."

Sumber : CNA/SK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.