Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Peri pentingnya 1,000 hari pertama kehidupan bayi, anak kecil

1,000 hari pertama kehidupan seseorang bayi atau anak merupakan masa yang genting - penuh dengan peluang untuk membina asas demi memperkukuh kesihatan, kesejahteraan, pembelajaran serta pembangunannya.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: 1,000 hari pertama kehidupan seseorang bayi atau anak merupakan masa yang genting - penuh dengan peluang untuk membina asas demi memperkukuh kesihatan, kesejahteraan, pembelajaran serta pembangunannya.

Lantaran itu, masyarakat diajak melaksanakan tiga seruan tindakan untuk meningkatkan kebajikan para ibu dan anak-anak serta menyokong proses keibubapaan.

Seruan tindakan pertama mengajak masyarakat awam supaya memberi sokongan kepada para ibu yang perlu menyusu anak-anak mereka bagi enam bulan pertama selepas melahirkan. Sokongan tersebut akan merangkumi sumber pendidikan kepada ibu-ibu baru untuk agar mereka tahu dengan lebih lanjut tentang proses menyusu.

Para ibu digesa mendaftarkan diri untuk menjadi penerima susu dari ibu-ibu lain atau boleh juga menderma lebihan susu ibu mereka kepada Program Bank Susu Masyarakat Yayasan Temasek.

Itulah antara inti perbincangan online bertajuk ‘First 1,000 Days – Maternal and Child Wellness’ antara pakar-pakar tempatan dan antarabangsa dalam sesi ketiga Temasek Shophouse Conversations (TSC), anjuran Yayasan Temasek dengan kerjasama Hospital KK bagi Wanita dan Kanak-Kanak (KKH).

Ia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan penjagaan bagi seribu hari pertama dalam kehidupan seorang anak - daripada tahap kehamilan hinggalah bayi berumur dua tahun.

Acara itu dihadiri hampir 600 peserta termasuk para pemimpin dari sektor awam, swasta dan masyarakat untuk membincangkan kerjasama serta tindakan yang diperlukan untuk menangani cabaran masyarakat. Ia turut disertai Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Menteri Kedua Kesihatan, Encik Masagos Zulkifli.

SERTAI PROGRAM CELIK IBU BAPA

Seruan tindakan kedua yang disuarakan dalam acara itu adalah mahukan para ibu bapa dan penjaga diundang menyertai Program Celik Ibu Bapa Yayasan Temasek.

Program tersebut yang ditubuhkan hasil kerjasama dengan Institut Seed, bertujuan untuk menyediakan peralatan, strategi dan sokongan yang sesuai kepada para ibu bapa demi membantu anak-anak mereka mencapai potensi tertinggi mereka.

Akhir sekali, Temasek Shophouse Conversations juga mengajak golongan belia di bawah umur 40 tahun untuk menjadi penyokong dan pemangkin kepada perubahan untuk meningkatkan kesejahteraan ibu dan anak dalam masyarakat mereka.

Disokong oleh Rangkaian Heartware, inisiatif tersebut yang dipanggil Tindakan Belia untuk Kesejahteraan Ibu dan Anak meminta agar golongan belia tersebut akan dapat memulakan projek-projek yang dapat membina daya tahan sosial dan memupuk gaya hidup lebih sihat.

Dalam ucapannya di acara itu Encik Masagos mengiktiraf sokongan kuat yang diberikan oleh Yayasan Temasek dalam memulakan inisiatif-inisiatif baru untuk mempertingkatkan kesihatan dan kebajikan para ibu dan anak-anak.

Sejauh ini, tiga sesi perbincangan TSC sudah dijalankan.

Topik bagi sesi pertama sebelum ini membincangkan mengenai cara-cara untuk membina sebuah masyarakat yang lebih berdaya bingkas melawan pandemik-pandemik pada masa hadapan. Manakala sesi kedua pula menyentuh berkenaan tindakan iklim yang perlu diambil agar dapat mewujudkan dunia yang lebih mampan.  

Sumber : BERITA Mediacorp/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan