Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Perhimpunan malam Tahun Baru di Clarke Quay 'berpotensi sebabkan penularan meluas COVID-19'

Satu acara perhimpunan Sambutan Tahun Baru di Clarke Quay melibatkan beberapa "pelanggaran terang-terangan" langkah pengurusan selamat dan "berpotensi menyebabkan penularan koronavirus secara besar-besaran", menurut pasukan bertindak berbilang kementerian COVID-19 pada Ahad (2 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 02 Jan 2022 03:59PM Dikemas Kini : 03 Jan 2022 05:07PM

SINGAPURA: Satu acara perhimpunan Sambutan Tahun Baru di Clarke Quay melibatkan beberapa "pelanggaran terang-terangan" langkah pengurusan selamat dan "berpotensi menyebabkan penularan koronavirus secara besar-besaran", menurut pasukan bertindak berbilang kementerian COVID-19 pada Ahad (2 Jan).

Rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan perhimpunan besar individu di Clarke Quay bagi menyambut ketibaan tahun baru pada 31 Disember 2021. Ramai dalam perhimpunan itu juga kelihatan tidak memakai pelitup dengan betul, meletakannya di bawah dagu.

"Agensi penguatkuasaan sedang menyiasat kejadian itu," menurut pasukan bertindak berkenaan, sambil menyatakan bahawa acara sedemikian "digantung atau disekat" di banyak negara pada tahun ini.

"Kami ingin mengingatkan semua orang bahawa kita masih berada di tengah-tengah krisis pandemik dan kita masih perlu menjalankan tanggungjawab sivik," tambahnya.

Sebagai sebuah masyarakat, Singapura sudah melakukan sedaya mampu untuk "meningkatkan daya ketahanan kita", menurut pasukan bertindak itu.

Pihak berkuasa menggesa orang ramai supaya mematuhi peraturan COVID-19 supaya "situasi akan terus bertambah baik dan kita dapat menjalani kehidupan pada 2022 sebagai tahun yang lebih normal."

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan