Perhimpunan lebih besar & kelonggaran sempadan dijangka bantu sektor MICE
Pengendali tempat acara menerima banyak pertanyaan sejak pemerintah mengumumkan acara sosial berskala besar kembali diadakan mulai Selasa ini (29 Mac).

Persediaan studio oleh syarikat acara Unearthed Productions untuk Persidangan Industri Pelancongan di Pusat Konvensyen dan Pameran Suntec Singapura pada April 2021. (Gambar: Unearthed Productions)
SINGAPURA: Pengendali tempat acara menerima banyak pertanyaan sejak pemerintah mengumumkan acara sosial berskala besar kembali diadakan mulai Selasa ini (29 Mac).
Sektor mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran (MICE) dijangka meraih manfaat apabila Singapura membuka semula sempadannya kepada semua orang yang sudah lengkap divaksin mulai 1 April.
Sekurang-kurangnya 20 acara sudah disahkan bakal berlangsung di Singapura tahun ini termasuk beberapa acara berprofil tinggi. Ini termasuk Persidangan Keselamatan Ksihatan Global dan Sidang Puncak Bandar Dunia yang dijangka menarik lebih ramai pengunjung berbanding Pertunjukan Udara Singapura baru-baru ini.
Acara-acara itu termasuk yang bakal diadakan selepas tahun ini dijangka boleh menghasilkan pendapatan bagi sektor pelancongan tempatan melebihi S$50 bilion.
Sementara itu, pihak berkuasa sedang bekerjasama dengan sektor MICE untuk meningkatkan kemampuan mengendalikan acara hibrid.
Ini akan menjadi berguna jika Singapura terpaksa mengetatkan semula langkah pengurusan selamat sekiranya muncul varian baru COVID-19 yang lebih agresif dan berbahaya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.