Perhimpunan Hari Raya keluarga lebih 100 anggota di dewan lebih memudahkan, semakin bermakna
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Berbeza daripada kebiasaan sambutan dari rumah ke rumah bagi musim perayaan ini, sebuah keluarga di Singapura memilih pendekatan unik.
Cik Norizan Ismail, 64 tahun, daripada generasi ke-2 keluarga bapa mentuanya, Almarhum Amat Noordin memilih untuk menganjurkan sambutan Hari Raya di dewan Villa Anggun yang terletak di Tampines pada Ahad (29 Mac) lalu.
Dewan Villa Anggun ini biasanya digunakan bagi majlis perkahwinan. Namun kini digunakan untuk acara yang sama meriahnya bagi menghimpunkan lebih 100 ahli keluarga daripada pelbagai generasi.
" Kami keluarga yang besar. Adik-beradik suami saya ada 8 orang. Jadi setiap anggota keluarga itu sudah ada anak cucu dan ada yang berada cicit juga.
Kalau kami kunjung dari rumah ke rumah, masa mungkin terhad dan mereka penat. Jadi di sini, boleh nampak mereka selesa, " kongsi Cik Norizan.

SAMBUTAN SEBEGINI BERI LEBIH BANYAK MASA YANG BERHARGA
Ini merupakan kali pertama keluarga besar itu menyambut Hari Raya di dewan sebegini.
Bagi anak saudara Cik Norizan, Sharifah Nabilah Syed Omar, perhimpunan sedemikian menjimatkan masa, sekaligus dapat diluangkan untuk mengeratkan silaturrahim.
"Daripada menghabiskan masa di jalan raya, kami pilih untuk meluangkan masa bersama. Ia membolehkan kami meluangkan masa untuk berhubungan dan berinteraksi.
Walaupun bentuk sambutan sedikit berbeza, nilainya tetap sama. Semangat bermaaf maafan dan bersilaturrahim tetap menjadi teras utama, " luahnya.

Perhimpunan ini tidak sahaja bermakna bagi mereka di dalam keluarga ini yang sudah dewasa, tetapi juga yang muda dari generasi ke-4 seperti bagi Adil Putra Dedi Affandi, 12 tahun.
" Kami bersyukur kerana dapat menyambut Hari Raya dan mengeratkan hubungan dengan keluarga.
Alhamdulillah, ini merupakan inisiatif mulia ibu saudara kami, Puan Norizan yang berusaha untuk merapatkan silaturahim dan pastikan perjumpaan ini berjalan dengan lancar, " luah anak muda itu.
Bagi musim-musim Aidilfitri pada masa hadapan, Cik Norizan berkongsi hasratnya untuk mengadakan perhimpunan yang serupa.

Sumber : BERITA Mediacorp/SF
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.