Skip to main content

Singapura

Perhimpunan awam berkaitan konflik Israel-Hamas tidak dibenarkan atas sebab keselamatan

Anggaran Waktu Membaca:
Perhimpunan awam berkaitan konflik Israel-Hamas tidak dibenarkan atas sebab keselamatan

Gambar fail Sudut Pidato di Hong Lim Park.

SINGAPURA: Acara dan perhimpunan awam yang berkaitan dengan konflik Israel-Hamas tidak akan dibenarkan kerana keprihatinan terhadap keselamatan awam.

Permohonan untuk menganjurkan acara sedemikian juga akan ditolak.

Demikian menurut Pasukan Polis Singapura SPF dan Lembaga Taman Negara NParks pada Rabu (18 Okt).

SPF menyatakan ia maklum mengenai acara dan perhimpunan awam yang dianjurkan berkaitan dengan konflik tersebut.

NParks juga telah menerima permohonan di Speakers' Corner bagi acara berkaitan.

Menurut SPF dan NParks dalam kenyataan bersama, terdapat banyak insiden keganasan dilaporkan di banyak negara di tengah-tengah konflik Israel-Hamas.

Kedua-duanya menyatakan disebabkan sensitiviti topik dan pergolakan situasi tersebut di luar negara, terdapat risiko sebenar acara tersebut boleh mencetuskan keadaan huru hara di tempat awam.

Oleh demikian, permohonan untuk menganjurkan acara sedemikian akan ditolak.
 
Sumber : Today/HA/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita