Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Perhentian bas 'bijak' dengan udara lebih nyaman untuk penumpang

Perhentian bas bijak yang baru dengan bermatlamat untuk meningkatkan pengalaman para penumpang yang sedang menunggu sedang diuji di Plaza Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 12 Mar 2018 05:37PM Dikemas Kini : 13 Mar 2018 12:18AM

SINGAPURA: Perhentian bas bijak yang baru dengan bermatlamat untuk meningkatkan pengalaman para penumpang yang sedang menunggu sedang diuji di Plaza Singapura.

Ini didedahkan oleh ST Engineering hari ini (12 Mac).

Perhentian bas bijak 'Arbitat Oasis' itu merupakan inisiatif yang pertama di dunia bagi menangani masalah pencemaran udara dan ruang udara yang panas. Ia juga mampu mempertingkat sekitaran di perhentian bas.

Antara ciri-ciri perhentian bas itu adalah teknologi yang akan menarik masuk udara ambien panas sebelum memulakan proses pendinginan dan membawa suhu udara kepada 24 darjah Celsius.

Perhentian bas itu juga mempunyai sistem pembersih udara bagi menapis zarah bawaan udara yang berbahaya.

Udara bersih kemudian disalurkan ke dalam perhentian bas melalui alat di atas kepala.

Menurut ST Engineering, sistem itu berfungsi lebih baik daripada pendingin biasa yang menggunakan bahan penyejuk (refrigerant) atau mesin pemampat (compressor), dan ia dapat menjimat kuasa sehingga 70 peratus berbanding penyaman udara biasa.

Ciri-ciri lain termasuk sensor yang dipasang untuk memantau trafik para penumpang dan sistem komputer untuk mengenal pasti sebarang kegiatan yang mencurigakan. Selain itu, panel-panel interaktif yang memaparkan maklumat terkini tentang sekitaran.

"Pereka bentuk Bandar Bijak perlu mempunyai pandangan baru terhadap huraian-huraian prasarana dan reka bentuk supaya rakyat dapat meraih manfaatnya," kata ketua ST Engineering Open Lab, Gareth Tang.

Dengan memanfaatkan teknologi dan inovasi dalam bidang prasarana pengangkutan darat, walaupun semasa "kegiatan seharian biasa seperti ketika menunggu bas yang boleh diperbaiki," kata Encik Tang.

Perhentian bas bijak yang akan diuji selama 12 bulan, dan hasil ujian ini akan dikongsi dengan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan agensi-agensi pemerintah lain.

"Kami gembira kerana dapat memberi platform untuk membentangkan dan menguji idea-idea inovatif bagi meningkatkan pengangkutan darat... Kami mengalu-alukan lebih banyak syarikat tempatan untuk memberi idea-idea baru bagi memberi para penumpang pengalaman lebih baik," kata pengarah kumpulan pengangkutan awam LTA, Encik Teo Tech Guan.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan