Skip to main content

Singapura

Pergerakan trafik di Chinatown terjejas setelah perhiasan pesta kuih bulan terjuntai

Anggaran Waktu Membaca:
Pergerakan trafik di Chinatown terjejas setelah perhiasan pesta kuih bulan terjuntai

Gambar: Telegram/SG Rd Updates, TikTok/erictoh.et

Diterbitkan : 22 Sep 2023 08:43PM
SINGAPURA: Lalu lintas di sebahagian kawasan Chinatown terganggu selama lebih sejam pada petang Khamis (21 Sep) selepas beberapa hiasan perayaan pertengahan musim luruh menjadi longgar dan menghalang sesetengah kenderaan daripada melaluinya.

Gambar-gambar dan rakaman video yang tersebar di media sosial menunjukkan hiasan yang terjejas itu tergantung di Upper Cross Street. Selepas hiasan-hiasan itu menjadi longgar, hiasan-hiasan itu kendur dan tergantung di bawah ketinggian yang ditetapkan dan ini menyebabkan sesetengah kenderaan terhalang.

Semasa menjawab pertanyaan Mediacorp pada Jumaat (22 Sep), Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) menyatakan bahawa ia ternampak "sesuatu yang kendur lalu tergantung di Upper Cross Street" pada sekitar 7.00 malam, dengan dua daripada lima lorong terjejas.

Jurucakap SBS Transit Grace Wu memberitahu Mediacorp bahawa bas dua tingkat yang melalui kawasan itu tidak dapat melaluinya "disebabkan oleh halangan ketinggian yang disebabkan oleh hiasan yang kendur".

Atas sebab keselamatan, para penumpang dipindahkan ke bas satu tingkat untuk meneruskan perjalanan mereka sebelum lencongan laluan sementara dilakukan untuk mengurangkan kesulitan.

Menurut Cik Wu, bas dua tingkat itu menyambung operasinya seperti biasa kurang sejam kemudian.

"Kami berterima kasih kepada penumpang kami atas kerjasama serta kesabaran mereka semasa (berlaku) insiden berkenaan."

Menurut LTA, penghadang itu berjaya diturunkan dan semua lorong "dibuka semula" pada sekitar 8.45 malam.

Hiasan tersebut dipasang sebagai sebahagian daripada sambutan perayaan Kuih Bulan di Chinatown, yang berlangsung dari 15 Sep hingga 14 Okt.

Mediacorp telah menghubungi Jawatankuasa Pesta Chinatown untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita