Skip to main content

Singapura

Pergerakan lalu lintas lancar selepas ubah suai jalan raya kampus SGH, namun ada bingung

Pergerakan lalu lintas di dalam dan sekeliling Hospital Besar Singapura (SGH) lancar pagi tadi (30 Dis) iaitu hari bekerja yang pertama selepas ubah suai dilakukan pada jalan-jalan raya di kawasan itu.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 30 Dec 2019 10:06PM Dikemas Kini : 30 Dec 2019 11:06PM

SINGAPURA: Pergerakan lalu lintas di dalam dan sekeliling Hospital Besar Singapura (SGH) lancar pagi tadi (30 Dis) iaitu hari bekerja yang pertama selepas ubah suai dilakukan pada jalan-jalan raya di kawasan itu.

Kebanyakan pemandu berasa puas hati dengan papan-papan tanda yang disediakan tetapi ada juga yang masih bingung.

Kerja-kerja binaan terus giat dilakukan di SGH yang mahu meluaskan kemudahan-kemudahannya sebanyak tiga kali ganda dalam masa dua dekad.

Perubahan dan penutupan jalan-jalan raya di kawasan hospital tersebut bermula pada Ahad (29 Dis) sebagai sebahagian daripada usaha mengurus pergerakan lalu lintas yang semakin meningkat.

Hasilnya, keadaan jalan-jalan rayanya yang sering sesak pada waktu pagi kini lebih lancar.

Selain memasang papan-papan tanda baru, pengurus lalu lintas juga dikerah untuk membantu para pemandu dan pejalan kaki.

Bagi mereka yang menaiki pengangkutan awam, dua perkhidmatan bas ulang-alik percuma dari Stesen MRT Outram ke pelbagai tempat di dalam kawasan SGH juga disediakan. 

Sumber : CNA/HK/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita