Pergerakan buruh NTUC giat galak peningkatan kemahiran pekerja di kala ekonomi tidak menentu
Pergerakan buruh NTUC menyatakan ia akan menggandakan usaha untuk menggalak peningkatan kemahiran dan memperbaharui kemahiran para pekerja, walaupun Singapura berdepan keadaan ekonomi yang semakin tidak menentu.
NTUC menyeru semua pekerja supaya menyertai dan bekerjasama dengannya demi mencapai hasil yang lebih kukuh.
Ia juga sedang memantau keadaan tarif dengan teliti.
Setiausaha Agung NTUC, Ng Chee Meng berkata: "Kita tahu bahawa keadaan global semakin tidak menentu, dengan adanya perang tarif antara Amerika Syarikat dengan negara-negara lain.
"Para pemimpin kesatuan dan para pekerja bimbang tentang kesan terhadap perniagaan dan jaminan perkerjaan.
"NTUC sudahpun bekerjasama dengan Pemerintah dan rakan-rakan majikan untuk meneliti bagaimana kami boleh menangani keadaan ini dengan baik, dan kami sudah bersedia untuk meningkatkan langkah-langkah jika perlu."
Menjelang sambutan Hari Buruh, NTUC mengumumkan bahawa jumlah anggota kesatuannya sudah melepasi 1.4 juta orang.
Menurutnya, keanggotaan bertambah ekoran "usaha yang berkesan" dalam membantu para anggota dan pekerja.
Ini termasuk melalui program-program yang menangani keperluan mereka, sekali gus meningkatkan kehidupan dan mata pencarian mereka.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.