Skip to main content

Singapura

Pergerakan buruh akan beri sokongan padu kepada Lawrence Wong, kata ketua NTUC Ng Chee Meng

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 01 May 2024 07:06PM Dikemas Kini : 11 May 2024 12:25PM
SINGAPURA: Setiausaha Agung NTUC, Ng Chee Meng berkata pergerakan buruh akan memberi "sokongan padu" kepada Encik Lawrence Wong apabila beliau menjadi Perdana Menteri kelak.

Encik Ng turut memberi penghargaan kepada Perdana Menteri Lee Hsien Loong di Rapat Hari Buruh pada Rabu (1 Mei).

PM Lee akan menyerahkan jawatan itu kepada Timbalan Perdana Menteri (DPM), Lawrence Wong pada 15 hari bulan ini.

Sambil menyifatkan DPM Wong sebagai "sentiasa memperjuangkan hak-hak pekerja", Encik Ng berkata pergerakan buruh berharap untuk meneruskan kerjasama kukuh dengannya untuk memberi manfaat kepada pekerja Singapura dan untuk kemakmuran negara.

Tambah beliau, DPM Wong sentiasa prihatin akan golongan berpendapatan rendah dan pekerja berisiko termasuk ketika bertugas di Penguasa Pasaran Tenaga, EMA.

Dalam ucapannya selama setengah jam, Encik Ng berkata DPM Wong telah menyentuh hati ramai pemimpin kesatuan apabila beliau berkata Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan adalah rakan kongsi terpenting Pemerintah pada acara penutup perbincangan #EveryWorkerMatters pada 2023.

"Ini memberi mesej yang sangat kuat bahawa perkongsian tiga pihak Singapura yang unik akan diteruskan selama bertahun-tahun yang akan datang di bawah kepimpinan anda, dan kami mengalu-alukannya," kata Encik Ng.
Sumber : CNA/SU/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita