Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pergas, Masjid Kassim adakan solat jenazah ghaib untuk Allahyarham Ustaz Jalaluddin Hassan

Persatuan Guru-Guru Agama Singapura (Pergas) dan Masjid Kassim akan mengadakan solat jenazah ghaib untuk Allahyarham Ustaz Jalaluddin Hassan.

Anggaran Waktu Membaca:
Pergas, Masjid Kassim adakan solat jenazah ghaib untuk Allahyarham Ustaz Jalaluddin Hassan

Petikan dari video Pergas.

BERITAmediacorp: Persatuan Guru-Guru Agama Singapura (Pergas) dan Masjid Kassim akan mengadakan solat jenazah ghaib untuk Allahyarham Ustaz Jalaluddin Hassan selepas solat Zuhur hari ini (15 Dis).

Solat jenazah ghaib itu akan didirikan di dewan utama solat Masjid Kassim.

Demikian menurut catatan Facebook oleh Pergas dan Masjid Kassim hari ini (15 Dis).

Pihak masjid juga mohon kerjasama daripada para jemaah supaya mematuhi langkah-langkah pengurusan selamat ketika mendirikan solat itu supaya dapat mengerjakan ibadah dengan tenang dan baik, menurut kedua-dua catatan itu.

Naib Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Islam Singapura (AMTAS) Ustaz Jalaluddin Hassan meninggal dunia di Makkah, Arab Saudi pada Selasa (14 Dis). Allahyarham berusia 47 tahun.

Allahyarham dilaporkan berangkat ke Arab Saudi untuk bersama para jemaah umrah Singapura di Madinah, sebelum tiba di Makkah pada Isnin (13 Dis).
 

'PEMERGIAN YANG DICEMBURUI': PERGAS

Dalam catatan Facebook pada Selasa (14 Dis), Pergas menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai 'pemergian yang dicemburui'.

Pergas turut berkongsi video Belasungkawa di Facebook tentang latar belakang hidup Allahyarham.

Sepanjang hayatnya, Allahyarham Ustaz Jalaluddin Hassan aktif berkhidmat untuk masyarakat seawal di bangku sekolah selain dikenali dengan sifat pemurahnya, menurut video tersebut.

Beliau menubuhkan syarikat Jalaluddin Travel & Services pada 2008 yang menyediakan pelbagai khidmat bantuan untuk masyarakat.

Beliau juga merupakan anggota AMTAS sejak tahun 2012 dan merupakan naib presiden AMTAS sejak 2 tahun lalu.

Selain aktif bergiat sebagai naib kadi sejak 2007, Ustaz Jalaluddin Hassan juga pernah menganggotai beberapa jawatankuasa seperti ahli bersekutu Jawatankuasa majlis fatwa Singapura, ahli panel bagi Mahkamah Rayuan dan Syariah Singapura dan Hakam bagi Mahkamah Syariah Singapura.

Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan