Skip to main content

Singapura

PERGAS bangga umat Islam SG bersatu hati, muafakat doakan kedamaian Palestin

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 20 Oct 2023 03:33PM Dikemas Kini : 21 Oct 2023 07:47AM
SINGAPURA: Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (PERGAS) melahirkan rasa bangga atas sikap bersatu hati dan kebersamaan masyarakat Islam dalam mendoakan keamanan dan kesejahteraan bagi Palestin dan umat Islam di sana.

Ini menurut catatan Facebook PERGAS pada Jumaat (20 Okt) selepas solat hajat diadakan di Masjid Kassim pada Khamis.
Solat hajat yang dianjurkan hasil usaha sama PERGAS dan Masjid Kassim itu menyaksikan sekitar 2,000 jemaah melakukan solat hajat di masjid tersebut.


Solat hajat itu turut dipimpin Presiden PERGAS Ustaz Muhammad Tarmizi Abdul Wahid.


"Kami menyaksikan sokongan teguh masyarakat, dengan mengekalkan adab, sopan santun, dan kerohanian ibadah.

"Kami amat bangga dengan kesatuan hati dan sifat kebersamaan masyarakat Islam kita, dan melihat lebih banyak masjid setempat turut menganjurkan Solat Hajat, Alhamdulillah," tulis PERGAS di laman Facebooknya pada Jumaat.

Menurut Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) sebelum ini, Mufti Negara Dr Nazirudin Mohd Nasir telah bertemu dengan para pegawai masjid untuk memberi panduan tentang penganjuran solat hajat di 34 masjid merata negara.

PERGAS juga menggalak masyarakat Islam supaya terus berdoa dan menyokong usaha bantuan kemanusiaan.

"Teruskan berdoa kepada Allah s.w.t. agar umat Islam di seluruh dunia diberikan kedamaian, perlindungan, dan kekuatan dalam waktu-waktu yang mencabar ini," menurut PERGAS sebelum mengakhiri catatannya itu.

Sumber : BERITA Mediacorp/IM/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita