Pergaduhan maut Verdun Road: 3 lelaki didakwa merusuh kini dituduh sebabkan kecederaan guna senjata berbahaya
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Tiga lelaki yang didakwa merusuh dalam pergaduhan maut di Verdun Road berhampiran Farrer Park, pada Isnin (30 Sep) dikenakan tuduhan baharu kerana menyebabkan kecederaan dengan menggunakan senjata berbahaya.
Tuduhan baharu itu mendakwa bahawa kerusi - diklasifikasikan sebagai senjata berpotensi menyebabkan kematian - digunakan untuk memukul dua mangsa di Kim San Leng Eating House dan di satu lorong belakang berdekatan.
Kirrthik Roshan Prem Ananth, 22 tahun, dikenakan dua tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan dengan menggunakan senjata berbahaya, manakala Satish Jason Prabahas, 23 tahun, dan Pradave Shashi Kumar, 20 tahun, masing-masing dikenakan satu tuduhan di bawah seksyen sama.
Ketiga-tiga suspek sebahagian daripada satu kumpulan yang merangkumi empat lelaki dan dua wanita berusia antara 20 dengan 24 tahun.
Mereka semuanya didakwa selepas pergaduhan pada 4.00 pagi 22 Sep meragut nyawa Dhinessh Vasie, 25 tahun. Dua individu lain - Encik Naviinjaay C Nathan dan Encik K Vicknesh - turut mengalami kecederaan.
Hanya seorang individu dalam kumpulan berkenaan, Muhammad Sajid Saleem, didakwa atas tuduhan membunuh. Lelaki berusia 22 tahun itu dipercayai menyebabkan kematian Encik Dhinessh.
Suspek yang lain, termasuk dua wanita - Nur Diyana Harun Al Rasheed dan Kasthuri Kallidas Marimuthu - berdepan tuduhan merusuh.
Menurut tuduhan baharu yang difailkan pada Isnin (30 Sep), Kirrthik menggunakan kerusi untuk memukul Encik Dhinessh pada antara jam 4.04 pagi dengan 4.08 pagi hari kejadian. Dia melakukan itu bersama Pradave dan Muhammad Sajid.
Kirrthik juga dituduh memukul Encik Naviinjaay, 24 tahun, dengan kerusi di lorong belakang 45 Sam Leong Road, bersama-sama dengan Muhammad Sajid dan Satish Jason.
Tuduhan baharu difailkan selepas penyiasat membawa keempat-empat lelaki kembali ke tempat kejadian - beberapa lorong belakang dan Kim San Leng Eating House - pada Jumaat lalu (27 Sep).
Mereka direman semula untuk siasatan pada Isnin (30 Sep) dan akan kembali ke mahkamah pada 4 Oktober.
Dalam pada itu, kedua-dua wanita dalam kes ini telah ditawarkan ikat jamin sebanyak S$30,000 setiap seorang. Kes mereka pula ditangguhkan kepada 28 Okt.
Jika didapati bersalah merusuh dengan menggunakan senjata berbahaya, pesalah boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan disebat.
Jika didapati bersalah sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya pula, pesalah boleh dipenjara sehingga tujuh tahun, didenda, disebat, atau mana-mana gabungan hukuman tersebut.
Wanita bagaimanapun tidak boleh disebat.
Hukuman bagi kesalahan membunuh di bawah Seksyen 300(a), yang sedang dihadapi Muhammad Sajid, adalah hukuman mati.

Sumber : CNA/AQ/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.