Skip to main content

Singapura

Pergaduhan di Woodlands: Suspek dibawa semula ke tempat kejadian

Suspek dalam satu pergaduhan di Woodlands yang meragut nyawa seorang lelaki berusia 73 tahun, dibawa semula ke tempat kejadian pada pagi Jumaat (26 Dis).
Anggaran Waktu Membaca:
Pergaduhan di Woodlands: Suspek dibawa semula ke tempat kejadian
Suspek pergaduhan di Woodlands dibawa semula ke tempat kejadian. (Gambar: Mediacorp)
Diterbitkan : 26 Dec 2025 05:24PM
SINGAPURA: Suspek dalam satu pergaduhan di Woodlands yang meragut nyawa seorang lelaki berusia 73 tahun, dibawa semula ke tempat kejadian pada pagi Jumaat (26 Dis).

Kejadian tersebut berlaku di sebuah pusat makanan di Blok 768 Woodlands Avenue 6, pada Ahad lalu.

Menurut polis, lelaki berusia 57 tahun, Teo Eng Chye, terlibat dalam pertikaian dengan mangsa Foo Suan Chew, yang kemudian bertukar menjadi pergaduhan.

Foo dikejarkan ke hospital dan meninggal dunia akibat kecederaan di bahagian leher.

Teo didakwa di mahkamah pada Selasa lalu atas tuduhan menyebabkan kecederaan parah dengan sengaja.

Dia akan kembali ke mahkamah pada 30 Disember. 
Sumber : CNA/NY/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita