Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Perenang Melayu pertama negara, Ardi Zulhimi pendam impian untuk ke Olimpik

Anggaran Waktu Membaca:
Perenang Melayu pertama negara, Ardi Zulhimi pendam impian untuk ke Olimpik

Ardi Zulhimi (kiri) buat persiapan untuk lagi dua kejohanan untuk layak ke Sukan Olimpik Paris 2024. (Gambar: Ardi Zulhimi)

SINGAPURA: Dari ujian 'Survival Test' pada usia 4 tahun, minat Ardi Zulhimi Mohamed Azman dalam sukan renang mula berputik.

Ini sehinggalah beliau dapat mencipta sejarah menjadi lelaki Melayu pertama berjaya mewakili negara dalam sukan renang.

Ardi mula berminat dengan sukan renang sejak umur 4 tahun lagi. (Gambar: Ardi Zulhimi)
Ardi mula berminat dengan sukan renang sejak umur 4 tahun lagi. (Gambar: Ardi Zulhimi)


Ardi kini gigih membuat persiapan bagi lagi dua kejohanan untuk layak ke Sukan Olimpik Paris tahun ini.

Beliau akan beraksi di Doha pada Februari dan Singapura pada Mac bagi merebut tempat dalam temasya sukan berprestij itu.

Beliau membuat kemunculan pertama dalam Sukan SEA pada 2022.

Ardi dan pasukannya berjaya sumbang pingat perak dalam Sukan SEA. (Gambar: Ardi Zulhimi)
Ardi dan pasukannya berjaya sumbang pingat perak dalam Sukan SEA. (Gambar: Ardi Zulhimi)


Di Kemboja pula tahun lalu, Ardi menyumbang pingat perak dalam acara berganti-ganti gaya bebas 4 x 200m lelaki.

"Saya sangat teruja menjadi atlit renang Melayu yang pertama di Singapura. Jadi bagi saya adalah satu penghormatan untuk menjadi orang Melayu pertama.

"Tidak ramai orang dalam masyarakat kami mahu menyertai sukan renang dan saya mahu menjadi seperti motivasi, teladan kepada semua dan itulah sebabnya saya juga mahu mendorong diri saya untuk berlatih bersungguh-sungguh. Ini adalah motivasi untuk saya berbuat yang terbaik, menjadi contoh kepada komuniti saya," kata Ardi Zulhimi.

Ini semua dilakukan penuntut Politeknik Temasek ini di samping mengimbangi waktu dengan pelajarannya.

Beliau perlu berlatih 10 kali seminggu selama tujuh jam sehari.

"Saya rasa masa perjalanan agak lama, ia mengambil banyak masa jadi saya rasa itu cabaran paling sukar sepanjang kerjaya saya kerana bukan tentang melakukan aktiviti tetapi pergi ke aktiviti itu yang menyebabkan banyak masa dan saya penat. Setiap kali selepas melakukan perjalanan semua agak penat dan saya cuba fokus untuk kedua-dua aktiviti yang saya lakukan juga," jelas Ardi mengenang cabaran yang harus dihadapi.

Menurut Ardi, ini semua dapat dilakukannya berkat sokongan keluarga, lebih-lebih lagi dengan pengorbanan ibunya.

Ardi amat menghargai pengorbanan ibunya. (Gambar: Ardi Zulhimi)
Ardi amat menghargai pengorbanan ibunya. (Gambar: Ardi Zulhimi)


Ibunya mengambil keputusan untuk berhenti kerja sepenuh masa untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada kerjaya renang Ardi.

"Ibu bapa saya adalah orang yang menyokong saya sepanjang kerjaya renang saya dan mereka adalah orang yang motivasikan saya setiap kali pulang dari latihan mereka akan suka memberitahu saya bagaimana latihan, jangan berputus asa kerana ini adalah apa yang anda suka, ini adalah apa yang anda minat. Saya sangat bersemangat dan ia mengingatkan saya tujuan saya berlatih untuk bersaing dan berjaya dalam aktiviti yang saya lakukan," kongsi Ardi.

Bakat anak muda berusia 21 tahun ini turut diakui para jurulatihnya yang berharap beliau dapat mencapai potensi sepenuhnya.

"Ia adalah hebat untuk mempunyai seorang atlit seperti Ardi dalam program ini. Dia pasti menyumbang banyak kepada kumpulan ini. Sejak saya berpindah ke Singapura dari Kanada. Saya rasa kira-kira 15 sehingga 16 bulan yang lalu, pastinya saya saksikan dia berkembang menjadi atlit seperti hari ini.

"Saya rasa Ardi adalah sebahagian daripada generasi bakat yang hebat yang akan datang di Singapura dan sekali lagi saya fikir pengalamannya yang berbeza daripada yang lain akhirnya merupakan bahagian yang sangat berharga dalam apa yang kami cuba bangunkan," kata Ketua Jurulatih Pusat Latihan Nasional, Bradford Dingey.

Antara pemenang pingat Olimpik yang pernah berlatih di bawah bimbingannya termasuk Hilary Caldwell, Ryan Cochrane dan Brent Hayden.
 

Sumber : BERITA Mediacorp/iz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan