Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pereka fesyen Fatimah Mohsin sasar jahit 600 pelitup muka bagi pekerja barisan hadapan

Jika lazimnya pereka fesyen dan juruandam terkenal Fatimah Mohsin sibuk mereka busana perkahwinan, kini beliau sibuk pula menjahit pelitup muka yang boleh diguna semula untuk melindungi para pekerja barisan hadapan negara daripada jangkitan COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAmediacorp: Jika lazimnya pereka fesyen dan juruandam terkenal Fatimah Mohsin sibuk mereka busana perkahwinan, kini beliau sibuk pula menjahit pelitup muka yang boleh diguna semula untuk melindungi para pekerja barisan hadapan negara daripada jangkitan COVID-19.

Inisiatif murni tersebut dikongsi oleh Cik Fatimah di akaun Instagram miliknya pada Ahad (12 Apr).

Dinamakan 'Exclusive mask by Fatimah Mohsin', pelitup muka itu diperbuat oleh 100% kain yang diperbuat daripada kapas bermutu yang membantu pengaliran udara dan menyerap kelembapan.

Beliau berkongsi dengan BERITAmediacorp bahawa kain tersebut sebenarnya didermakan oleh Osman Silkhouse.

Lebih menarik lagi berbanding pelitup muka yang lain, pelitup yang direka oleh pengasas Fatimah Mohsin The Wedding Gallery ini memiliki pembukaan kecil di bahagian dalam pelitup itu agar dapat memuatkan kertas penapis atau tisu untuk perlindungan tambahan.

"Kami boleh mengharungi waktu mencabar ini bersama-sama. Namun sebelum itu, inilah cara saya menunjukkan penghargaan dan kesyukuran terhadap para pekerja barisan hadapan kerana sentiasa melindungi kami semua," tulis Cik Fatimah di akaun Instagramnya.

Beliau berkongsi dengan pihak BERITAmediacorp bahawa setakat ini, pihaknya sudah menjahit lebih 300 pelitup muka. Malahan, beliau menyasarkan menjahit antara 500 hingga 600 pelitup menjelang hujung minggu ini. 

Menurut Cik Fatimah 50 pelitup pertama sudah pun diagihkan dan lebih banyak lagi akan dibahagikan pada Rabu (15 Apr).

Tambahnya, beliau amat bersyukur kerana turut mendapat sokongan daripada rakan penghantar Janio untuk menghantar pelitup-pelitup muka tersebut.

Oleh kerana sambutan bagi pelitup muka 'Exclusive mask by Fatimah Mohsin', amat luar biasa, Cik Fatimah mendedahkan bahawa pihaknya menghadkan dua keping pelitup muka bagi setiap pekerja barisan hadapan.

Sesiapa yang ingin mendapatkan pelitup muka itu, boleh meninggalkan komen di catatan Instagram beliau berserta gambar mereka memakai seragam kerja.

Ramai yang meninggalkan komen positif dan memuji usaha murninya itu.

"Terbaik kak fatimah!! Terima kasih atas usaha dan niat murni anda!" tulis seorang pengguna bernama wandarl.

Seorang pengguna bernama rozidamj pula menulis: "Ciri terbaik mengenai pelitup anda adalah terdapat ruang untuk memuatkan lapisan penapis pakai buang yang baru saya pesan. Sebagai seorang pekerja di sektor penting, setiap hari biasa saya perlu ke kerja. Dengan pelitup ini ia akan mengurangkan penggunaan pelitup pakai buang. Terima kasih atas idea terbaik ini!" 

Sumber : BERITA Mediacorp/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan