Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PERDAUS umum barisan pemimpin baharu bagi penggal hingga 2025

Anggaran Waktu Membaca:
PERDAUS umum barisan pemimpin baharu bagi penggal hingga 2025

Encik Muhammad Hafiz Noorahman kini Presiden baharu PERDAUS. (Gambar: PERDAUS)

Diterbitkan : 09 Nov 2023 09:47AM Dikemas Kini : 09 Nov 2023 11:47AM
SINGAPURA: PERDAUS kini dipimpin oleh Encik Muhammad Hafiz Noorahman, yang dipilih selaku Presiden baharu bagi penggal sehingga 2025.

Sebelum menyandang jawatan Presiden PERDAUS, Encik Hafiz adalah Naib Presiden II bagi penggal sebelumnya.

Pada masa yang sama, beliau turut berkhidmat sebagai Anggota Majlis LBKM bagi penggal 2022-2024.

Selain Encik Hafiz, lagi 13 anggota dipilih untuk mengisi Jawatankuasa PERDAUS bagi penggal itu.

Pelantikan barisan pimpinan baharu PERDAUS adalah hasil pemilihan usai Mesyuarat Agung Tahunan ke-59 yang berlangsung pada Sabtu (4 Nov).

Menurut PERDAUS, barisan pemimpin baharunya itu membawa pelbagai kepakaran dan pengalaman daripada sektor swasta, masyarakat dan awam.

PRESIDEN BAHARU SUDAH MENABUR BAKTI DENGAN PERDAUS SELAMA DUA DEKAD

Encik Hafiz, 41 tahun, bukan muka baharu di PERDAUS.

Ini memandangkan beliau sejak sekian lama sudah giat menyumbang kepada persatuan tersebut.

Bermula sebagai seorang sukarelawan dengan Saff-Perdaus pada usia 18 tahun, Encik Hafiz terus berkhidmat dengan PERDAUS melalui pelbagai peranan selama dua dekad.

Antara sumbangan besarnya termasuk pelibatannya dalam pelbagai misi kemanusiaan di bawah Mercy Relief seperti bantuan banjir di Johor dan misi bantuan tsunami di Banda Aceh.

Selain itu, Encik Hafiz mempunyai pengalaman yang luas dalam usaha mendampingi golongan belia.

Semasa menggalas peranan sebagai pembangun pelajar di Madrasah Irsyad Zuhri Al-Islamiah selama 5 tahun, Encik Hafiz giat membantu menerajui program pembangunan perwatakan dan kepimpinan. Encik Hafiz juga telah berkhidmat selama 4 tahun dalam mendampingi para pelajar ITE melalui ruang belia Yayasan Mendaki di ITE West dan ITE Central. Dalam peranannnya itu, beliau memberi tumpuan kepada usaha membimbing para belia sebagai seorang mentor dalam membantu mereka mencungkil potensi dan mempersiapkan mereka menghadapi cabaran masa hadapan.

Dalam bidang kerjayanya pula, Encik Hafiz adalah Perunding Perkhidmatan dengan MFA Group, yang berperanan membantu individu dan keluarga untuk mendapat perlindungan, dengan membuat pelaburan yang baik.

Mengulas mengenai peranan baharunya, Encik Hafiz berkata: "Saya menerima perlantikan ini dengan rasa rendah hati. Sebagai seorang sukarelawan Perdaus yang sudah berkhidmat sejak sekian lama, ia juga amat mengharukan. Lebih-lebih lagi menjelang ulang tahun ke-60 PERDAUS pada 2024."

Dalam pada itu, beliau turut melahirkan harapan agar dapat bekerjasama dengan pihak Majlis, pengurusan dan kakitangan PERDAUS untuk membantu
memajukan misi PERDAUS dalam memperkasakan penggerak perubahan bagi masyarakat setempat.

Beliau menyuarakan keyakinan terhadap usaha PERDAUS di bawah kepimpinannya dalam menggalak perubahan demi memupuk kesedaran, memelihara kehidupan, memperkasa keluarga dan membina masyarakat.

Senarai penuh Jawatankuasa PERDAUS bagi penggal 2023-2025:

1. Encik Muhammad Hafiz Noorahman - Presiden

2. Ustaz Mohammad Taufiq Mohamed Ismail - Naib Presiden I

3. Mr Muhammad Hairudin Abdul Hamid - Naib Presiden II

4. Cik Nazlin Mustaffa - Setiausaha Kehormat

5. Encik Mohamed Jauhari Mohamed Arsad - Penolong Setiausaha I

6. Ustazah Zarina Begam Abdul Razak - Penolong Setiausaha II

7. Encik Mohd Azhar Khalid - Bendahari Kehormat

8. Encik Mohammed Farhan Mohammed Tayib - Penolong Bendahari

9. Encik Khidhir Mohd Razali - Anggota Majlis

10. Encik Muhammad Hafiz Osni - Anggota Majlis

11. Cik Nur Arina Binte Mohd Adom - Anggota Majlis

12. Cik Nur Zakiah Sidek - Anggota Majlis

13. Cik Rohaya Abdul Rasid - Anggota Majlis

14. Encik Safarin Amerudin - Anggota Majlis
Sumber : BERITA Mediacorp/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan