Perdaus sumbang S$50,800 kepada Mercy Relief bantu Palestin

Perdaus menyerahkan cek kepada Mercy Relief bernilai $50,800 bagi kempen mengumpul dana untuk Palestin di pejabat Mercy Relief.
(Kiri) Pengarah Eksekutif Mercy Relief, En Muhammad Ashiq; Pengerusi Mercy Relief, Encik Satwant Singh; Presiden Perdaus, Encik Muhammad Hafiz Noorahman; Bendahari Perdaus, Encik Mohd Azhar Khalid; dan Penolong Bendahari, Encik Mohammed Farhan Mohammed Tayib (Gambar: Perdaus)
Objektif kempen tersebut adalah untuk mengumpul dana bagi menawarkan bantuan segera, mampan dan jangka panjang.
Dana yang dikumpul akan diagihkan kepada masyarakat yang memerlukan di Tebing Barat, Gaza, dan kem-kem pelarian.
Sumbangan tersebut akan memberikan sokongan lebih luas dan inklusif kepada individu dan keluarga, termasuk mereka yang meninggalkan Tebing Barat atau Gaza.
Ia juga melambangkan komitmen Perdaus untuk memberi kesan kepada rakyat Palestin yang mengalami krisis kemanusiaan yang semakin meruncing, serta konflik dengan Israel yang masih belum diselesaikan.
Perdaus berharap sumbangan tersebut dapat menggalakkan rakyat Singapura untuk tampil ke hadapan dan menyokong kempen mengumpul dana Mercy Relief melalui platform pendermaan online Giving.sg.
INISIATIF PENDIDIKAN
Perdaus juga menerajui beberapa inisiatif yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai konflik Israel dan Palestin, dan perlunya untuk memberi sokongan berterusan kepada rakyat Palestin yang menderita.


Usaha ikhlas mereka berjaya mengumpul dana sebanyak S$800, yang merupakan sebahagian daripada sumbangan Perdaus kepada Mercy Relief.
TANGGUNGJAWAB BERSAMA
“Inisiatif-inisiatif ini tercetus daripada komitmen kami untuk memenuhi tanggungjawab kami membantu saudara Islam di seluruh dunia yang sedang menderita,” kata Encik Muhammad Hafiz Noorahman, Presiden Perdaus.
Inisiatif Perdaus yang pelbagai menekankan keinginannya bersama untuk memberi kesan
yang positif di dalam kehidupan mereka yang tertindas and menderita akibat konflik tersebut.
Ia juga berharap berharap inisiatifnya menyuntik sifat belas ihsan, memberi insirasi kepada perpaduan dan tanggungjawab yang dipikul bersama-sama dalam masyarakat.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.