Perdana Menteri Palestin lawat SG mulai 26 Okt
Anggaran Waktu Membaca:

Perdana Menteri Palestin Mohammad Shtayyeh. (Gambar: Abbas Momani/AFP)
SINGAPURA: Perdana Menteri Palestin Dr Mohammad Shtayyeh melakukan lawatan ke Singapura dari Rabu (26 Okt) hingga Sabtu (29 Okt).
Lawatan Dr Mohammad Shtayyeh itu merupakan yang pertama dilakukan seorang Perdana Menteri Palestin ke Singapura, menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam satu kenyataan media.
Dr Shtayyeh akan bertemu Presiden Halimah Yacob di Istana dan dijamu makan tengah hari bersama Perdana Menteri Lee Hsien Loong.
Beliau akan mengadakan mesyuarat bersama Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan serta Menteri di Pejabat Perdana Menteri merangkap Menteri Kedua Pendidikan dan Menteri Kedua Ehwal Luar, Dr Maliki Osman.
Dr Shtayyeh juga akan melawat Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Timur dan
Pusat Pengunjung NeWater.
Rombongannya termasuk Menteri Ehwal Luar Palestin Riyad Al Malki, Gabenor Penguasa Kewangan Palestin Feras Milhem dan pegawai kanan lain.

Sumber : CNA/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.