Perdana Menteri Lee Hsien Loong rasmikan Wisma Geylang Serai
Projek Wisma Geylang Serai (WGS) sampai ke kemuncaknya dengan perasmiannya oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong petang Sabtu (26 Jan).

Perdana Menteri Lee Hsien Loong di perasmian Wisma Geylang Serai. (Gambar: BERITAmediacorp)
SINGAPURA: Projek Wisma Geylang Serai (WGS) sampai ke kemuncaknya dengan perasmiannya oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong petang Sabtu (26 Jan).
Ia menyatukan agensi-agensi M³ - MUIS, MENDAKI dan MESRA serta pelbagai badan bukan pemerintah (VWO) dan kumpulan-kumpulan kebudayaan untuk menyediakan khidmat lebih bersepadu kepada masyarakat Melayu/Islam.
Ini termasuk sebuah tajaka, pusat kegiatan warga emas dan pusat khidmat keluarga.
Acara perasmiannya menampilkan keunikan adat istiadat dan budaya Melayu.
Majlis penyerahan keris kepada empat anggota Panel Penasihat WGS - Speaker Parlimen Tan Chuan-Jin, Menteri Sekitaran dan Sumber Air Masagos Zulkifli, Datuk Bandar CDC Tenggara Dr Mohamad Maliki Osman dan AP GRC Marine Parade Profesor Madya Dr Fatimah Lateef, menandakan penyerahan kuasa.
Pukulan gong sebanyak tiga kali menandakan pelancaran rasmi WGS sebagai hab sosial dan warisan budaya pertama di Singapura yang menempatkan pelbagai pertubuhan Melayu/Islam, pemerintah dan masyarakat di bawah satu bumbung.
Detik bersejarah itu turut disaksikan para pemimpin akar umbi GRC Marine Parade serta penasihat akar umbi Melayu serta mantan AP Melayu/Islam.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.