Skip to main content

Singapura

Perdagangan penting bagi ASEAN, perlu dilindungi dari sekatan 'melulu': PM Anwar

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 31 May 2025 07:52PM Dikemas Kini : 31 May 2025 10:02PM
  • Perdagangan adalah sebahagian daripada seni bina strategik Asia Tenggara dan mesti dilindungi "daripada sekatan perdagangan yang dikuatkuasakan secara melulu", kata Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim.
  • Encik Anwar menukil perang perdagangan antara Amerika Syarikat dengan China, yang baru-baru ini menjadi tajuk utama berita seluruh dunia menyusuli langkah Presiden Trump mengenakan tarif sempena "Hari Pembebasan".
  • Negara-negara ASEAN antara negara yang paling teruk terjejas oleh traif Trump, dengan negara-negara seperti Kemboja dan Laos dikenakan tarif sebanyak 49 dan 48 peratus masing-masing.
  • Dalam ucapannya pada Sabtu (31 Mei), PM Anwar mengulangi peri pentingnya pemusatan ASEAN, dan bagaimana ia dapat meluaskan "rancangan strategik masa depan" dengan bekerjasama dengan wilayah-wilayah lain.
Dijana oleh AI

SINGAPURA: Perdagangan adalah sebahagian daripada seni bina strategik Asia Tenggara dan mesti dilindungi "daripada sekatan perdagangan yang dikuatkuasakan secara melulu", kata Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim dalam ucapan khas beliau di Dialog Shangri-La tahun ini pada Sabtu (31 Mei).

Beliau menambah rantau Asia Tenggara "berdiri teguh" dalam dunia yang kacau-bilau, sambil memberi amaran bahawa pergolakan perdagangan boleh memberi kesan memudaratkan kepada kestabilan, dengan kesannya boleh menjejas mana-mana rantau.

"Di Asia Tenggara, kami mengetahui bahawa kestabilan berkekalan bermula dengan asas yang kukuh, dasar jelas dan pandangan jauh.

"Perdagangan bukan sesuatu yang boleh diambil ringan. Ia sebahagian daripada seni bina strategik kami," kata Encik Anwar yang merupakan Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) tahun ini.

"Dan seperti sistem kritikal yang llain, ia harus dilindungi, bukan daripada persaingan, tetapi daripada pelaksanaan sekatan perdagangan yang dilakukan secara sewenang-wenangnya," katanya dalam ucapan selama 15 minit di hadapan para menteri pertahanan dan ketua sejagat.

"Apa yang menjadi pegangan kami juga dipercayai di tempat lain - di mana apabila perdagangan berkembang, ini disusuli dengan kestabilan.

"Namun apabila ia menjadi goyah, kesan akibatnya menjejas lebih daripada saru rantau," kata Encik Anwar.

Walaupun beliau tidak menyebut nama negara, Encik Anwar menukil perang perdagangan antara Amerika Syarikat dengan China, yang baru-baru ini menjadi tajuk utama berita seluruh dunia menyusuli langkah Presiden Trump mengenakan tarif sempena "Hari Pembebasan" yang mencetuskan kegawatan dalam pasaran saham dan ketidaktentuan ekonomi di beberapa industri.

Negara-negara ASEAN antara negara yang paling teruk terjejas oleh traif Trump, dengan negara-negara seperti Kemboja dan Laos dikenakan tarif sebanyak 49 dan 48 peratus masing-masing, sebelum Trump mengumumkan langkah menggantung pelaksanaan tarif 'timbal balik' selama 90 hari bagi import dari hampir 60 negara dan Kesatuan Eropah (EU).

Related article image
Di mana perdagangan mekar berkembang, kestabilan menyusul, kata PM Malaysia Anwar dalam ucapan khasnya Dialog Shangri-la IISS pada 31 Mei 2025. (Gambar: CNA/Wallace Woon)

Pada 12 Mei lalu, Amerika Syarikat dan China bersetuju untuk menggantung sementara tarif besar-besaran yang dikenakan ke atas barang import masing-masing.

Di Sidang Puncak ASEAN pada awal minggu ini, Encik Anwar berkata ASEAN mempunyai "ketabahan dan kuasa mutlak" untuk mengatasi ketidaktentuan ekonomi yang membelenggu rantau ini, di mana ia berpunca daripada ketegangan perdagangan geopolitik antara Amerika Syarikat dengan China.

Ketua Pentagon Pete Hegseth memberi amaran 'ancaman' dari pihak China, menggesa sekutu Asia untuk menokok perbelanjaan bagi pertahanan

Dalam ucapannya pada Sabtu (31 Mei), PM Anwar mengulangi peri pentingnya pemusatan ASEAN, dan bagaimana ia dapat meluaskan "rancangan strategik masa depan" dengan bekerjasama dengan wilayah-wilayah lain seperti rantau Teluk dan pembentukan Pasukan Petugas Geoekonomi ASEAN untuk membantu blok itu "membendung kejutan daripada pihak luar".

"Lebih banyak kita bertindak bersama-sama, akan lebih sukar untuk dipisahkan oleh tarikan luaran.

"Mengekalkan autonomi kami bukan soal menolak pihak lain. Ia mengenai mengukuhkan diri kita sendiri.

"Inilah pada dasarnya, pemusatan ASEAN. Semangat yang sama mencorak kenyataan pemimpin ASEAN mengenai ketidaktentuan global, ekonomi dan perdagangan.

"Kami keluarkan amaran tentang bahaya tindakan sepihak, tarif balasan dan risiko yang meningkat tentang perpecahan global," kata Encik Anwar.

Sumber : CNA/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita