Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Perdagangan barangan dua hala S'pura & Indonesia naik 21% pada 2021: MTI

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Perdagangan barangan dua hala antara Singapura dengan Indonesia mencecah S$59.1 bilion pada 2021, iaitu naik 21 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Menurut Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) hari ini (1 Jun).

MTI mendedahkan angka tersebut sehari selepas Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Gan Kim Yong menggulung lawatannya ke Jakarta, di mana beliau mengesahkan semula hubungan ekonomi dua hala yang teguh dan peluang-peluang untuk lebih bekerjasama dengan Indonesia.

"Singapura dan Indonesia mempunyai hubungan ekonomi dua hala yang sangat baik. Indonesia adalah pasaran utama bagi perusahaan-perusahaan Singapura yang ingin meneroka ke luar negara," kata Encik Gan, yang berada di Jakarta dari 29 Mei hingga 31 Mei.

"Kami akan terus bekerjasama dengan pemerintah Indonesia untuk memperdalam hubungan ekonomi dua hala dan membantu perusahaan kita meneroka peluang-peluang baru di Indonesia."

Menurut MTI, Indonesia ialah rakan perdagangan keenam terbesar Singapura.

Singapura juga secara konsisten sudah menjadi sumber utama Pelaburan Langsung Asing (FDI) Indonesia sejak 2014.

Pada 2021, jumlah nilai yang dilaburkan oleh Singapura di Indonesia berjumlah S$12.8 bilion, menyumbang sebanyak 14.9 peratus daripada keseluruhan FDI Indonesia.

PERDALAM KERJASAMA DUA HALA

Semasa lawatannya, Encik Gan bertemu Menteri Investasi Indonesia Bahlil Lahadalia, Menteri Energi dan Sumber Daya Mineral Indonesia Arifin Tasrif dan Kepala Otorita Ibu Kota Nusantara Bambang Susantono.

Semasa pertemuan itu, kedua-dua pihak menzahirkan minat untuk memperdalam kerjasama dua hala dalam bidang tenaga, pembangunan prasarana dan ekonomi digital.

Encik Gan juga menghadiri acara perniagaan GlobalConnect@SBF Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF) yang diadakan di Singapore Enterprise Centre @ Jakarta pada 31 Mei.

Beliau bertemu dengan beberapa wakil perniagaan Singapura yang berada di Jakarta.

Semasa lawatannya, Encik Gan juga bertemu beberapa wakil perniagaan dari syarikat-syarikat Indonesia dalam sektor kewangan, tenaga dan teknologi.

Beliau mengadakan lawatan ke Bumi Serpong Damai City di Tangerang Selatan, di mana beliau melawat kemudahan Pembangunan yang Berorientasikan Transit, yang akan berfungsi sebagai pusat sambungan penting antara Tangerang dengan Jakarta, menurut MTI.

Sumber : CNA/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan