Skip to main content

Singapura

Perbuatan murni kapten bas ini bantu warga emas, mendapat perhatian warga net

Anggaran Waktu Membaca:
Perbuatan murni kapten bas ini bantu warga emas, mendapat perhatian warga net

(Gambar:SBS Transit/Facebook)

Diterbitkan : 07 Sep 2022 11:17PM
SINGAPURA: Kapten bas Jiang Hong, 45 tahun, sedang menunggu basnya di Pusat Pertukaran Bas Hougang Central apabila seorang lelaki warga emas menghampirinya untuk mendapatkan bantuan.

Lelaki itu sukar berjalan dan perlu dibantu untuk naik bas. Kapten bas tersebut, yang tidak bertugas ketika itu, menawarkan untuk menggendong lelaki tersebut, naik bas dengan bantuan seorang lagi kapten bas.

Meskipun Jiang Jong sepatutnya berhenti satu perhentian bas sebelum lelaki berkenaan, beliau dilaporkan sengaja tidak turun untuk memastikan warga emas itu tiba di perhentiannya dengan selamat.

Kisah yang menyentuh hati antara kapten bas itu dan lelaki warga emas tersebut dikongsi semula di halaman Facebook SBS Transit pada Isnin (5 Sep). Malah, perkongsian tersebut dibanjiri dengan pujian daripada warga net atas semangat kemasyarakatannya.

"Kapten Bus Jiang Hong - anda membuat kami bangga kerana bersikap baik, mengambil berat, membantu orang yang tidak dikenali. Kami memerlukan lebih ramai orang seperti anda di Singapura. Terima kasih kerana menjadi contoh yang baik!" komen seorang pengguna Facebook.

"Kapten Bas ini layak menerima Anugerah Istimewa kerana menghulurkan bantuan yang luar biasa bagi lelaki tua yang kurang upaya," tulis seorang lagi warga net.

Kiriman Facebook berkenaan menerima 1,100 tanda suka, setakat Rabu (7 Sep).

Mediacorp sudahpun menghubungi SBS Transit untuk mendapatkan komen.

Tindakan Jiang Hong itu sebenarnya bukan aksi pertama Jiang Hong yang mendapat pujian.

Kapten bas asal Sichuan, China itu sudah bertugas dengan SBS Transit hampir lapan tahundan pernah menerima Anugerah Semangat Kemasyarakatan Awam daripada Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) pada 2016.

Jiang Hong telah menghentikan basnya untuk membantu seorang lelaki dari keretanya yang dijilat api.
Sumber : Today/SS/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita