Perbincangan terbuka, jujur perlu bagi tangani jangkaan jagaan akhir hayat: Ong Ye Kung
Lebih banyak perbincangan yang terbuka dan jujur diperlukan untuk menangani jangkaan yang berbeza antara para pesakit di hujung nyawa dengan orang-orang yang disayangi.
SINGAPURA: Lebih banyak perbincangan yang terbuka dan jujur diperlukan untuk menangani jangkaan yang berbeza antara para pesakit di hujung nyawa dengan orang-orang yang disayangi.
Ini bagi memenuhi jurang jangkaan antara pesakit tenat dengan orang-orang tersayang.
Menteri Kesihatan Ong Ye Kung berkata langkah itu akan saling melengkapi usaha sedia ada seperti meningkatkan ruang jagaan akhir hayat serta pekerja yang berkelayakan.
Encik Ong berkata demikian di persidangan jagaan akhir hayat yang bermula hari ini (9 Dis).
Di acara itu juga, sebuah filem pendek dilancarkan, menceritakan bagaimana sebuah keluarga menjaga salah seorang anggota mereka yang sakit tenat.
Keprihatinan terhadap cabaran tenaga manusia dalam sektor jagaan kesihatan turut dikongsi di acara itu.
Menurut seorang pakar, usaha meningkatkan kemahiran para pekerja akan memastikan kos terkawal di tengah-tengah tambahan permintaan bagi jagaan akhir hayat.
"Anggota keluarga mesti rasa selesa bahawa dengan membenarkan anggota keluarga mereka menjalani jagaan akhir hayat, memenuhi keperluan hujung nyawa dan juga satu tindakan kasih sayang.
"Ia adalah sikap masyarakat yang memerlukan masa untuk berubah. Apabila sudah berubah, ia akan menjadi lebih baik," kata Encik Ong.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.