Perbincangan mengenai kesihatan mental semakin meningkat; pendekatan kreatif bagi fahami isu lebih mendalam
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Perbincangan tentang kesihatan mental sudah melalui peningkatan.
Pelbagai pertubuhan kini mengambil pendekatan yang lebih kreatif.
Contohnya, memanfaatkan seni serta sumber lain bagi membantu mereka yang ingin memahami kesihatan mental dengan lebih mendalam.
Satu daripada tujuh orang di Singapura mengalami salah satu gejala yang dikaitkan dengan kesihatan mental.
Namun, sukar untuk menentukan siapa yang terjejas, kerana ramai yang pilih untuk menderita dalam diam.
Oleh itu, pertubuhan Silver Ribbon memanfaatkan seni untuk menggalakkan orang ramai agar berbincang tentang kesihatan mental.
Contohnya, salah tanggap yang ada tentang isu tersebut.
Untuk itu, ia bekerjasama dengan pelbagai kumpulan teater, seperti The Necessary Stage.
Salah satu persembahannya menyorot pengalaman seseorang yang mempunyai isu kesihatan mental.
Silver Ribbon juga berharap orang ramai akan menukar kebiasaan menggaitkan isu kesihatan mental dengan sesuatu yang suram.
"Wajarkah kita terus-menerus memberi gambaran yang mereka itu berpenyakit? Atau sebaliknya, membayangkan mereka dengan suatu imej yang lebih positif. Mungkin, setelah melalui rawatan, mereka dapat melalui hidup yang lebih produktif?
"Jadi, penting untuk melibatkan imej-imej yang lebih positif, menyampaikan mesej kepada orang ramai bahawa masih ada harapan," kata Cik Porsche Poh, Pengarah Eksekutif, Silver Ribbon.
Usaha meningkatkan kesedaran masyarakat tentang isu kesihatan mental sudah mula menunjukkan hasil.
Institut Kesihatan Mental (IMH) melihat lebih ramai golongan muda yang tampil, bukan sahaja untuk mendapatkan rawatan, tetapi juga bagaimana mereka dapat membantu.
Sejak hampir 10 tahun, pakar psikiatrik Dr Lim Choon Guan membimbing satu modul elektif di universiti tempatan tentang isu kesihatan mental di Singapura.
Setiap semester, kesemua 250 tempat untuk modul tersebut telah diisi dengan pantas.
Selain menangani kekeliruan mengenai kesihatan mental, modul tersebut turut menyentuh isu-isu yang sensitif.
"Contohnya isu bunuh diri. Apabila ada teman yang bercakap tentang bunuh diri, sering ia menjadi topik yang agak kurang selesa. Sebahagian mungkin mengelak untuk bercakap tentangnya kerana mereka bimbang ia mungkin memberi temannya idea atau mengukuhkan pemikiran untuk membunuh diri.
"Tapi sebenarnya, kita boleh memberi teman itu peluang untuk bercakap tentangnya, kerana ia memberi mereka ruang untuk didengari, serta menjelaskan apa yang sebenarnya ada di benak mereka. Ini dapat mengalihkan keseimbangan mereka ke arah yang lebih selamat, atau malah, untuk mendapatkan bantuan," kata Dr Lim pada Khamis (6 Okt).
Melengkapkan golongan muda dengan pengetahuan sedemikian adalah sesuatu yang penting.
Tinjauan menunjukkan tiga dalam empat responden di Singapura bersedia mendapatkan bantuan menerusi jaringan tidak formal seperti teman-teman dan sanak-saudara.
Satu tinjauan eksklusif Mediacorp tentang kesihatan mental pula menunjukkan, 43 peratus responden berpendapat bahawa kesedaran tentang kesihatan mental sudah meningkat.
Sedang 23 peratus pula akur, walaupun sudah berlaku peningkatan, ia masih di bawah tahap yang seharusnya.

Sumber : CNA/IQ/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.