Perbincangan kerjaya penting bagi pekerja usia 40-an, 50-an, saran Menteri MOM
Rakan tiga pihak Singapura sedang berusaha agar lebih banyak majikan memulakan perbincangan dengan pekerja mereka, khususnya golongan dalam lingkungan 40-an hingga 50-an tahun.
SINGAPURA: Rakan tiga pihak Singapura sedang berusaha agar lebih banyak majikan memulakan perbincangan dengan pekerja mereka, khususnya golongan dalam lingkungan 40-an hingga 50-an tahun.
Ini bagi mengenal pasti kemahiran dan latihan yang diperlukan supaya mereka dapat kekal bekerja melewati usia persaraan.
Menteri Tenaga Manusia Dr Tan See Leng berkata demikian sedang perbahasan di Parlimen diteruskan terhadap pindaan kepada Akta Persaraan dan Pengambilan Bekerja Semula.
Dr Tan turut mendedahkan lebih 90 peratus pekerja yang sudah bersara dan diambil semula bekerja, tidak mengalami sebarang potongan gaji ataupun faedah.
Mereka semula pekerjaan untuk mengukuhkan lagi keupayaan pekerja kanan dan melengkapi mereka dengan teknologi tinggi.
Itu antara saranan para Anggota Parlimen semasa perbahasan ini sebelum Parlimen meluluskan pindaan kepada Akta Persaraan dan Pengambilan Bekerja Semula.
Di bawah pindaan tersebut, umur persaraan dinaikkan kepada 65 tahun dan Pengambilan Semula Pekerja dinaikkan kepada 70 tahun.
Ia akan mula dikuatkuasakan pada 1 Julai tahun depan.
Sebagai respons kepada gesaan untuk memansuhkan usia persaraan, Dr Tan berkata perkara yang ditentukan undang-undang masih diperlukan terutama sekali usia persaraan sebenar negara melonjak lebih pantas berbanding usia purata negara-negara OECD.
Para AP juga menarik perhatian ada pekerja kanan memaklumkan, mereka dipaksa berhenti disebabkan usia atau ditawarkan kontrak pengambilan bekerja semula yang tidak adil dengan gaji lebih rendah.
Dr Tan kemudian menjelaskan bahawa rakan tiga pihak percaya kelonggaran perlu diberikan kepada majikan untuk berunding tentang sebarang penyesuaian kepada peranan pekerjaan atau gaji asalkan ia munasabah.
"Tidak mengambil kira ini, kebanyakan pekerja yang diambil bekerja semula meneruskan kontrak sedia ada mereka atau kontrak baru dalam pekerjaan yang sama. Lebih 95 peratus daripada mereka melakukan pekerjaan yang sama dan tidak mengalami potongan gaji dan manfaat," kata beliau.
Namun, Dr Tan menekankan penggubalan undang-undang bukanlah satu-satunya cara dan pelaburan terhadap latihan akan membuka laluan ke hadapan.
Beliau menambah MOM juga sedang mengkaji sama ada Kredit Pekerjaan Warga Emas yang memberi bantuan gaji kepada majikan yang mengambil pekerja lebih tua perlu dilanjutkan melampaui tahun depan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.