Perbincangan antara pemimpin masyarakat sivil akan dilancar untuk bincang isu sukar seperti kaum & agama: PM Wong
Anggaran Waktu Membaca:
Perdana Menteri Lawrence Wong berucap di acara bagi meraikan ulang tahun REACH yang ke-40 pada 29 Mac 2025. (Gambar: REACH)
- “Kita perlu mewujudkan lebih banyak ruang dan ruang-ruang yang selamat untuk rakyat Singapura dari latar belakang yang berbeza untuk bertemu, berbincang dan membina persefahaman bersama, terutamanya mengenai isu-isu sukar.”
- PM Wong berkata evolusi REACH mencerminkan komitmen pemerintah untuk mendampingi dan melibatkan rakyat Singapura, dan usahanya telah berkembang dari segi skala dan skop sejak beberapa tahun lalu.
- "Kami mendengar anda, kami mendengar setiap maklum balas, dan saranan anda secara langsung telah membentuk perubahan dasar sejak satu hingga dua tahun yang lalu."
- Acara itu menandakan permulaan siri inisiatif selama setahun yang bertemakan "Building Bridges Across Communities", yang bertujuan untuk meningkatkan penglibatan dengan dan dalam kalangan segmen masyarakat yang berbeza.
SINGAPURA: Para pemimpin daripada masyarakat sivil akan membincangkan isu-isu sukar seperti kaum, agama, mobiliti sosial dan kesan perubahan teknologi yang pesat, kata Perdana Menteri Lawrence Wong pada Sabtu (29 Mac).
Menjangkaui usaha pemerintah untuk mendampingi rakyat, terdapat keperluan untuk mengadakan perbincangan sesama rakyat untuk membina kepercayaan dan persefahaman bersama, kata PM Wong.
“Kita perlu mewujudkan lebih banyak ruang dan ruang-ruang yang selamat untuk rakyat Singapura dari latar belakang yang berbeza untuk bertemu, berbincang dan membina persefahaman bersama, terutamanya mengenai isu-isu sukar.”
PM Wong berkata demikian semasa berucap di acara bagi meraikan ulang tahun ke-40 REACH, unit maklum balas pemerintah.
Beliau berkata REACH akan mengambil peranan tambahan, untuk membina jambatan dalam masyarakat Singapura yang semakin rencam.
Singapura menjadi lebih pelbagai dari segi perspektif, pengalaman hidup dan pandangan dunia, kata PM Wong.
"Kepelbagaian memperkayakan masyarakat kita, tetapi ... ia juga boleh merenggangkan kita jika ia tidak ditangani dengan baik."
Kepelbagaian tidak perlu membawa kepada perpecahan atau polarisasi, dan perpaduan tidak bermakna menghapuskan perbezaan kita, katanya lagi.
Sebaliknya, boleh ada keseimbangan di mana terdapat ruang untuk mengadakan perdebatan yang sihat.
PM Wong berkata pemerintah akan menyediakan kepimpinan dan hala tuju. Ia akan memainkan peranannya untuk memastikan dasar yang inklusif, mengimbangi keperluan yang bersaing dan membina ruang untuk rakyat Singapura berkumpul tanpa mengira latar belakang mereka.
Tetapi beliau berkata perpaduan tidak boleh dicapai melalui dasar, dan rakyat Singapura akan merasakan semangat kekitaan yang lebih mendalam apabila mereka sendiri menyumbang kepada usaha untuk mencari penyelesaian.
Perpaduan akan dicapai apabila rakyat Singapura memilih untuk berdiri bersama-sama dan menjaga satu sama lain.
"Membina jambatan ini bukan mudah. Tetapi kami akan mengorak langkah pertama. Dan dengan masa, semoga ia akan menjadi lebih lancar dan mudah," kata PM Wong.
Itu boleh dilakukan dengan menyertai acara-acara kemasyarakatan, mengambil berat tentang jiran anda atau berkawan dengan orang yang bukan seperti anda, katanya.
"Kita mungkin tidak melihat perubahan dalam sekelip mata, tetapi dengan menjaga satu sama lain dan melalui kebaikan kecil ini, ia akan bertambah kukuh."
PROGRAM MENDEKATI MASYARAKAT TELAH MEMBAWA KEPADA PERUBAHAN DASAR
PM Wong berkata evolusi REACH mencerminkan komitmen pemerintah untuk mendampingi dan melibatkan rakyat Singapura, dan usahanya telah berkembang dari segi skala dan skop sejak beberapa tahun lalu.
"Ia bukan sekadar melibatkan diri secara lebih meluas dan mempunyai lebih banyak peserta," katanya. "Kami mendengar anda, kami mendengar setiap maklum balas, dan saranan anda secara langsung telah membentuk perubahan dasar sejak satu hingga dua tahun yang lalu."
Beliau turut memberi contoh perubahan, seperti garis panduan baharu mengenai aturan kerja fleksibel, cuti keibubapaan tambahan dan peralihan pada dasar pendidikan seperti rombakan pada Program Pendidikan Kanak-Kanak Cerdas (GEP).
Bagi sesetengah kes, lebih banyak masa diperlukan untuk menghuraikannya.
MediShield, yang diperkenalkan pada 1990, menyediakan perlindungan untuk individu sehingga mereka berusia 90 tahun.
Terdapat saranan untuk melanjutkan perlindungannya tetapi itu akan meningkatkan premium dan menjadikannya tidak lagi dimampui.
Pemerintah mengkaji implikasinya dengan teliti dan akhirnya memperkenalkan MediShield Hayat pada 2015.
Bagi kes-kes lain, pemerintah mungkin tidak bersetuju dengan saranan-saranan yang dikemukakan dan akan menjelaskan alasannya.
PM Wong turut merujuk kepada saranan untuk memperkenalkan kawalan harga bagi membendung inflasi.
"Kami memahami kebimbangan mengenai kos sara hidup, tetapi pengalaman di mana-mana menunjukkan bahawa menghadkan harga tidak berkesan dan boleh memberi kesan tidak produktif," katanya lagi.
Pemerintah sebaliknya cuba membantu dengan cara lain, seperti melalui pembayaran tunai dan Baucar Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC).
Akan ada pandangan yang berbeza dan perjalanannya tentu ada liku-likunya, kata PM Wong.
“Tetapi saya yakin bahawa masyarakat yang lebih terbuka dan giat menyumbang akan mengukuhkan, bukan melemahkan Singapura.”
Sambutan ulang tahun REACH telah dihadiri oleh 150 tetamu, termasuk para pemimpin dan wakil sekitar 90 pertubuhan rakan kongsi.
Acara itu menandakan permulaan siri inisiatif selama setahun yang bertemakan "Building Bridges Across Communities", yang bertujuan untuk meningkatkan penglibatan dengan dan dalam kalangan segmen masyarakat yang berbeza.
Kaedah pendampingan baharu juga akan diperkenalkan, seperti penglibatan kumpulan kecil untuk membincangkan nilai kemasyarakatan dan podcast video untuk meneroka insiden-insiden yang mencetuskan polarisasi di Singapura dan cara untuk kita belajar daripadanya.
Pengerusi REACH Tan Kiat How berkata pertubuhan itu berterima kasih atas sokongan yang diterimanya sejak 40 tahun lalu dan komited untuk memainkan peranan yang membina dalam pembangunan negara.
“Selain menjadi jambatan antara pemerintah dan rakyat Singapura, kami teruja untuk memulakan inisiatif baharu untuk merapatkan masyarakat dan mengukuhkan fabrik sosial kami,” katanya lagi.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.