Perbicaraan Pritam Singh: Detik utama keterangan Raeesah Khan pada hari kedua
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: CNA/Syamil Sapari)
SINGAPURA: Cik Raeesah Khan, mantan Anggota Parlimen (AP) Parti Pekerja (WP), memberi keterangan pada hari kedua perbicaraan ke atas Setiausaha Agung WP Pritam Singh pada Selasa (15 Okt).
Cik Raeesah, 30 tahun, merupakan saksi pertama dalam perbicaraan Encik Pritam atas dakwaan beliau memberi keterangan palsu kepada Jawatankuasa Hak-Hak Istimewa (COP), yang pada waktu itu sedang menyiasat satu pembohongan oleh Cik Raeesah di parlimen pada Ogos 2021.
Pada hari kedua Cik Raeesah sebagai saksi, peguam Encik Pritam Andre Jumabhoy memulakan soal balas ke atas Cik Raeesah, dengan menyifatkan beliau sebagai seseorang yang memang ada tabiat berbohong.
Berikut lima detik utama daripada keterangan Cik Raeesah.
"KECEWA DIKHIANATI" PEMIMPIN PARTI
Cik Raeesah berkata beliau berasa "sangat kecewa dan dikhianati" pada 29 November 2021 semasa bertemu dengan panel disiplin WP yang terdiri daripada Encik Pritam, pengerusi parti Cik Sylvia Lim dan naib pengerusi Encik Faisal Manap.
WP mengadakan sesi bersama panel disiplin itu untuk meneliti perbuatan Cik Raeesah selepas beliau mengaku tentang pembohongannya di Parlimen.
Semasa pertemuan pertama dengan panel itu pada 8 November 2021, Cik Raeesah berkata beliau tidak dipersoalkan tentang pembohongan itu. Sebaliknya ketiga-tiga pemimpin parti mengkritik prestasinya sebagai seorang AP dan beliau tidak bersedia untuk keadaan itu.
Semasa disoal pendakwa, Cik Raeesah berkata beliau terkejut panel itu mencari kesalahannya kerana tidak mengemukakan soalan Parlimen yang mencukupi dan tidak begitu hadir dengan kerap di Parlimen atau sesi dengan penduduk.

Cik Raeesah meminta untuk bertemu kali kedua dengan panel tersebut kerana mahu berkongsi lebih banyak tentang cabaran-cabaran yang beliau hadapi sebagai AP dan aspek di mana beliau rasa beliau menunjukkan kemajuan.
Katanya semasa pertemuan kedua pada 29 November 2021: "Saya berasa sangat kecewa dan dikhianati oleh orang-orang yang paling saya hormati, dan paling dipercayai berpaling tadah dan menggunakan panel disiplin untuk mengkritik saya."
Para pemimpin parti itu menggunakan panel tersebut untuk "berpura-pura seolah-olah mereka tidak membimbing saya" berhubung pembohongan di parlimen, tambah beliau.
RAEESAH LETAK JAWATAN DEK KURANG SOKONGAN
Selepas sesi kedua dengan panel disiplin, Cik Raeesah berasa parti itu "tentu sekali" akan menyuruh beliau meletak jawatan.
Beliau meletak jawatan daripada WP dan sebagai AP pada 30 November 2021.
Apabila ditanya mengapa beliau memutuskan untuk meletak jawatan, Cik Raeesah memberitahu mahkamah bahawa beliau memikirkan tentang sokongan yang sudah tiada daripada kepimpinan parti dan tidak menerima sokongan daripada pasukan Sengkang.
Beliau memaklumkan kepada jawatankuasa pusat parti (CEC) mengenai keputusannya semasa satu mesyuarat, menurut pihak pendakwa.
Semasa mesyuarat itu, beliau memberitahu CEC bahawa beliau "sangat sedih untuk meletak jawatan" kerana benar-benar "mencintai kerja-kerja akar umbi dan bertemu penduduk".
"SAYA BOHONG KEPADA SELURUH NEGARA"
Di awal soal balas, Encik Jumabhoy berkata Cik Raeesah "tidak berhenti" berbohong, sama ada dalam anekdot palsu di parlimen, dalam buktinya kepada COP mahupun dalam prosiding mahkamah.
"Anda sememangnya seorang pembohong, bukan? tanya Encik Jumabhoy. "Ya, saya pernah berbohong," jawab Cik Raeesah. Encik Jumabhoy kemudian berkata: "Anda tidak berhenti berbohong, bukan?"
Apabila Cik Raeesah menafikannya, Encik Jumabhoy merujuk kepada kiriman mesej antara beliau dengan Encik Pritam selepas ucapan yang disampaikan pada 3 Ogos 2021, di mana beliau menceritakan anekdot palsu tentang dirinya menemani mangsa serangan seksual ke balai polis.
Contohnya, apabila Encik Pritam meminta lebih banyak butiran pada hari itu, Cik Raeesah mendakwa insiden itu "berlaku tiga tahun lalu, pada awal tahun" dan bahawa beliau berjumpa mangsa "di sebuah perhentian bas berdekatan balai polis Bedok".

"Anda menambah fakta untuk mendukung pembohongan," kata Encik Jumabhoy. "Jadi ia pembohongan demi pembohongan. Kemudian ia ditambah dengan lebih banyak pembohongan, bukan?"
Cik Raeesah kemudian menjawab ya kepada kenyataan tersebut.
Encik Jumabhoy juga berkata ia "agak luar biasa" bahawa Cik Raeesah berupaya untuk beberapa kali berbohong dalam satu mesej. "Saya tidak akan menyifatkannya sebagai luar biasa, saya menyifatkannya sebagai rasa takut," kata Cik Raeesah.
Apabila Encik Jumabhoy bertanya siapa lagi yang dibohongi Cik Raeesah mengenai anekdot tersebut, beliau berkata: "Kerana saya menyampaikan ucapan itu di parlimen, bermakna saya berbohong kepada seluruh negara."
"NAMPAKNYA ANDA TERUS TOKOK TAMBAH"
Semasa sebahagian besar sesi soal balas itu pada Selasa, Encik Jumabhoy menumpukan soalannya kepada kenyataan tidak konsisten antara apa yang dikatakan Cik Raeesah kepada COP dengan keterangannya di mahkamah.
Encik Jumabhoy bertanya mengapa Cik Raeesah memberitahu COP bahawa Cik Loh Pei Ying, bekas penolong setiausaha beliau, menyuruhnya berterus terang, tetapi di mahkamah, Cik Raeesah berkata Cik Loh tidak memberi nasihat sedemikian.
Ini menerima dua bantahan daripada Timbalan Hakim Daerah Utama Luke Tan, yang berkata bukti yang dirujuk Encik Jumabhoy tidak menunjukkan bahawa nasihat itu datang daripada Cik Loh.

Cik Raeesah kemudian memberi keterangan di mahkamah bahawa beliau tidak ingat sama ada Cik Loh mahupun bekas anggota WP Yudhishthra Nathan pernah menasihatkannya supaya berterus terang.
Encik Jumabhoy juga menuduh Cik Raeesah menokok tambah maklumat baharu kepada ingatannya tentang peristiwa di mahkamah.
Encik Jumabhoy merujuk kepada testimoni Cik Raeesah pada Isnin bahawa pada hujung pertemuan pada 8 Ogos 2021, Cik Lim bertanya sama ada bapa Cik Raeesah ada menunggunya di dalam kereta di luar rumah Encik Pritam. Beliau menarik perhatian bahawa sebelum ini Cik Raeesah tidak pernah menyebut tentang perkara itu.
"Sudah tiga tahun berlalu, dan nampaknya anda terus menokok tambah butiran baharu tiga tahun selepas peristiwa itu," kata beliau.
"Bagaimana daripada tidak ingat dan tidak pernah menyebut tentang apa yang (Cik Lim) katakan anda boleh sekarang secara tiba-tiba timbulkan (butiran itu)?"
Cik Raeesah berkata beliau mungkin tidak pernah menyebut tentang itu dalam testimoninya kepada COP, tetapi menyebutnya dalan keterangan kepada polis.
PERCUBAAN RAGUI KREDIBILITI RAEESAH
Di penghujung prosiding pada Selasa, Encik Jumabhoy mencuba menimbulkan keraguan terhadap kredibiliti Cik Raeesah sebagai saksi, dan Cik Raeesah diminta keluar mahkamah semasa hujah dibuat.
Peguam bela itu membangkitkan dua kemungkinan percanggahan untuk menyokong hujahnya, dengan membandingkan keterangan polis oleh Cik Raeesah pada 12 Mei 2022 dengan apa yang Cik Raeesah katakan dalam ketarangan di mahkamah pada Isnin.
Hakim Tan tidak membuat keputusan mengenai hujan itu semasa perbicaraan ditangguh, tetapi membenarkan Encik Jumabhoy meneruskan soal balasnya dengan Cik Raeesah mengenai dua jawapan yang diberikan dalam keterangan polis apabila perbicaraan disambung semula pada Rabu (16 Okt).
Ini berkait kenyataannya mengenai pertemuan dengan Encik Pritam pada 3 Oktober 2021, dan sama ada Encik Pritam ada mengatakan beliau menyangka pembohongan Cik Raeesah akan dibangkitkan lagi di parlimen atau tidak.
Pada Isnin, Cik Raeesah memberi keterangan bahawa Encik Pritam "lebih kurang mengatakan - saya tidak rasa isu ini akan timbul tetapi jika itu berlaku beliau (Encik Pritam) tidak akan menghakimi saya kerana meneruskan dengan naratif itu".
Namun dalam keterangan polis, Cik Raeesah berkata Encik Pritam mengatakan "melihat mereka, mereka mungkin akan membangkitkannya lagi", merujuk kepada pembohongan Cik Raeesah.

Sumber : CNA/NK/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.