Perbicaraan mahkamah secara maya mungkin jadi kenyataan di S'pura
Ini akan memperkukuhkan status Singapura sebagai tempat pilihan pihak-pihak antarabangsa bagi menghuraikan kes-kes rentas sempadan.
Mahkamah Tinggi di Singapura pada 9 Nov 2021. (Gambar: Roslan Rahman/AFP)
Menteri Kedua Undang-Undang Edwin Tong berkata ini akan memperkukuhkan status Singapura sebagai tempat pilihan pihak-pihak antarabangsa bagi menghuraikan kes-kes rentas sempadan.
Beliau mengulas demikian semasa persidangan undang-undang dan teknologi hari ini (20 Jul).
Encik Tong berkata: "Saya percaya sebab utama orang memilih Singapura adalah kekuatan sistem perundangannya, peraturan berlandaskan undang-undang, ketersambungannya dan umumnya kerana infrastruktur undang-undangnya yang kuat. Kesemua ciri ini terus boleh diakses secara online di ruang maya."
Encik Tong menambah pemerintah sedang menimbangkannya dengan serius. Rancangan itu termasuk wadah teknologi yang sudahpun dilancarkan bagi industri guaman.
Beliau menekankan betapa teknologi undang-undang sedemikian penting bagi Singapura untuk kekal bersaing.
Bagaimanapun firma lebih kecil mungkin menghadapi kesukaran.
"Kami maklum bahawa kita serahkan penggunaan teknologi undang-undang kepada pasaran.
"Firma-firma, khususnya yang lebih kecil saiznya dan tiada skala ekonomi, tidak akan dapat menerap teknologi dan banyak daripada mereka akan berdepan dengan hambatan kos," kata beliau.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.