Perbicaraan kes Iswaran bermula pada 10 Sep
Anggaran Waktu Membaca:
Mantan Menteri Pengangkutan S Iswaran tiba di Mahkamah Negara pada 8 Feb 2024. (Gambar: CNA/Marcus Mark Ramos)
SINGAPURA: Perbicaraan mantan Menteri Pengangkutan S Iswaran akan bermula pada 10 September.
Pejabat Peguam Negara (AGC) mengesahkan perkara tersebut dalam satu kenyataan pada Isnin (12 Ogos).
Seorang jurucakap berkata tarikh perbicaraan awal, yang pada mulanya dijadualkan bermula pada 13 Ogos, "dibatalkan atas permintaan peguam bela".
Tarikh perbicaraan baharu kini ditetapkan dari 10 hingga 13 September tahun ini.
Encik Iswaran diwakili pasukan peguam yang diketuai oleh Peguam Kanan Davinder Singh.
Kali terakhir Encik Iswaran dihadapkan ke mahkamah adalah pada Julai, yang mana permohonannya ditolak untuk pendakwa menyerahkan semua keterangan saksi kepada pihak pembela.

Biasanya, kes rasuah dibicarakan di Mahkamah Negara, namun pihak pendakwa berjaya memohon pada Mac supaya kes tersebut dibicarakan di Mahkamah Tinggi.
Encik Iswaran, 62 tahun, berdepan 35 pertuduhan, yang terdiri daripada 32 pertuduhan menerima barang berharga semasa menjadi penjawat awam, dua pertuduhan rasuah dan satu pertuduhan menghalang keadilan.
Ini berkaitan dengan hubungannya dengan taikun hartanah Ong Beng Seng dan Encik Lum Kok Seng, pengarah urusan Lum Chang Holdings yang disenaraikan di Bursa Singapura.
Jika sabit kesalahan menerima barangan berharga ketika menjadi penjawat awam, Encik Iswaran boleh dipenjara sehingga dua tahun, didenda atau kedua-duanya sekali.
Jika didapati bersalah menerima rasuah di bawah Akta Pencegahan Rasuah, beliau boleh dipenjara sehingga tujuh tahun, didenda sehingga S$100,000, atau kedua-duanya sekali.
Jika didapati bersalah menghalang keadilan, beliau boleh dipenjara sehingga tujuh tahun, didenda, atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.