Perbicaraan Bloomberg: Hujah lisan akan didengar pada 22 Mei
Anggaran Waktu Membaca:
Wartawan Bloomberg Low De Wei (tengah) meninggalkan Mahkamah Tinggi pada 15 April 2026. (Gambar fail: CNA/Lim Li Ting)
SINGAPURA: Mahkamah Tinggi akan mendengar hujahan lisan untuk perbicaraan fitnah Bloomberg pada 22 Mei, menurut jurucakap badan kehakiman pada Khamis (16 April).
Perbicaraan dibuka pada 7 April dan ditangguhkan pada Rabu selepas tujuh hari prosiding.
Hujahan penutup membolehkan kedua-dua pihak meringkaskan bukti yang dikemukakan di mahkamah dan memujuk hakim untuk memutuskan memihak kepada mereka sebelum perbicaraan tamat.
Mahkamah boleh memilih sama ada untuk mendengar hujahan lisan atau mendapatkan hujahan bertulis.
Kes itu difailkan terhadap Bloomberg dan salah seorang wartawannya, Encik Low De Wei, oleh Menteri Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam dan Menteri Tenaga Manusia Tan See Leng.
APA YANG DIBICARAKAN
Encik Shanmugam dan Dr Tan menyaman Bloomberg dan Encik Low atas artikel yang didakwa memfitnah pada Disember 2024 tentang 'Good Class Bungalow' (GCB) bertajuk 'Singapore Mansion Deals Are Increasingly Shrouded in Secrecy'.
Artikel itu mendakwa Encik Shanmugam menjual GCB miliknya di Astrid Hill dengan harga S$88 juta kepada UBS Trustees sedangkan beliau membelinya dengan harga S$7.95 juta pada 2003.
Ia juga merujuk kepada Dr Tan membeli GCB di Bizay Park dengan harga hampir S$27.3 juta.
Menteri-menteri itu mendakwa bahawa artikel itu memfitnah mereka dengan mencadangkan bahawa mereka mengambil kesempatan daripada kekurangan semak dan imbang serta keperluan pendedahan dalam menjalankan transaksi hartanah dengan "cara yang tidak telus".
Setakat ini, Encik Shanmugam sudah memberi keterangan bahawa beliau membentuk pandangan daripada siri emel dalaman Bloomberg bahawa beliau menjadi sasaran.
Beliau mendakwa cerita itu dibentangkan sebagai artikel tentang trend yang lebih luas dalam transaksi GCB tetapi sebenarnya bertujuan untuk mewajarkan penulisan tentang transaksi hartanahnya, dan emel tersebut membincangkan cara untuk menyebarkan cerita tersebut dengan merangkanya menjadi cerita yang lebih luas.
Peguam bela Bloomberg berhujah bahawa menteri itu sudah diberitahu lebih awal bahawa transaksinya akan disebut dalam artikel itu, dan "draf" awal atau perubahan artikel itu tidak menyebut namanya.
Artikel Bloomberg menyatakan bahawa lebih ramai orang membeli rumah agam menggunakan amanah untuk merahsiakan identiti mereka, dan pembeli membayar premium untuk transaksi "di bawah radar".
Encik Shanmugam berkata ini adalah "mengarut sama sekali" dan kaveat yang difailkan atau tidak tidak menjejas harga yang dipersetujui antara pembeli dan penjual.
Artikel itu juga menyatakan bahawa urusan bukan kaveat "lebih sukar untuk dijejaki" kerana ia tidak muncul dalam pangkalan data Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA).
Namun Encik Shanmugam berhujah bahawa walaupun perjanjian tanpa kaveat tidak muncul dalam pangkalan data URA, ia boleh didapati dalam pangkalan data Penguasa Tanah Singapura (SLA) selepas perjanjian selesai.
Oleh kerana rekod transaksi perlu difailkan dengan agensi pemerintah, tidak memfailkan kaveat dan menggunakan amanah untuk transaksi tersebut tidak menjadikan transaksi tersebut rahsia.
Dr Tan memberi keterangan bahawa beliau tidak faham mengapa transaksi hartanahnya digambarkan sebagai "di luar radar" kerana ia akan muncul dalam rekod awam akhirnya.
Perbezaan antara perjanjian dengan kaveat dan bukan kaveat ialah ia mengambil masa beberapa minggu sebelum ia muncul dalam rekod awam, katanya.
Defendan mengemukakan editor eksekutif kanan Bloomberg News Madeleine Lim, serta Encik Low sebagai saksi.
Semasa disoal siasat, Encik Low mengakui bahawa orang ramai boleh mencari maklumat hartanah yang berkaitan dengan pembeli, penjual dan harga pembelian melalui pangkalan data yang dikendalikan oleh pemerintah, walaupun dengan usaha dan perbelanjaan.
Peguam Kanan Davinder Singh, yang mewakili kedua-dua menteri, juga menuduh wartawan itu membuat "agenda" editorial untuk mengaitkan urusan hartanah dua menteri dengan pengubahan wang haram, tetapi Encik Low menegaskan bahawa artikelnya bukan mengenai pengubahan wang haram.
Encik Singh juga cuba menunjukkan bahawa artikel itu mengelirukan dalam penggunaan carta yang menggambarkan urusan GCB, serta pilihan editorial dan perkataan seperti "bahan politik" yang digunakan untuk menggambarkan penjualan hartanah Encik Shanmugam.
Semua ini, hujah Encik Singh, membolehkan Encik Low menulis "karya fiksyen yang penuh dengan kepalsuan" untuk menyasarkan pelanggannya.
Encik Low menolak semua dakwaan Encik Singh, dengan menegaskan bahawa karyanya adalah berdasarkan fakta.
Pada masa ini, artikel itu terus tersedia dalam talian, walaupun ia membawa notis pembetulan di bawah Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi Dalam Talian.
Bloomberg menyatakan bahawa ia "dengan hormatnya tidak bersetuju" dengan notis pembetulan dan berhak untuk merayu dan mencabarnya.
Saluran berita itu juga menyatakan bahawa ia akan tetap meneruskan dengan laporannya.

Sumber : CNA/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.