Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Perbicaraan awam bagi siasatan letupan dahsyat di Tuas bermula 20 Sep

Jawatankuasa Siasatan yang ditubuhkan untuk menyiasat kejadian kebakaran dan letupan dahsyat yang berlaku pada Februari lalu di Stars Engrg di Tuas akan mengadakan bahagian pertama perbicaraan awam di mahkamah negara dari 20 September hingga 8 Oktober.

Anggaran Waktu Membaca:
Perbicaraan awam bagi siasatan letupan dahsyat di Tuas bermula 20 Sep

(Gambar: Facebook/SCDF)

Diterbitkan : 16 Sep 2021 01:30PM Dikemas Kini : 16 Sep 2021 01:46PM

SINGAPURA: Jawatankuasa Siasatan yang ditubuhkan untuk menyiasat kejadian kebakaran dan letupan dahsyat yang berlaku pada Februari lalu di Stars Engrg di Tuas akan mengadakan bahagian pertama perbicaraan awam di mahkamah negara dari 20 September hingga 8 Oktober.

Bahagian pertama perbicaraan itu akan tertumpu kepada usaha menentukan "punca dan akibat" kejadian itu, menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM) hari ini (16 Sep).

Bahagian kedua perbicaraan awam itu akan diadakan dari 15 hingga 19 November untuk "menyemak saranan bagi mengelakkan kejadian serupa daripada berulang", menurut MOM.

Kebakaran dan letupan itu berlaku di bangunan perindustrian di 32E Tuas Avenue 11 pada 24 Februari.

Sepuluh pekerja mengalami kelecuran akibat insiden itu. Tiga daripada mereka meninggal dunia disebabkan kecederaan yang dialami.

Pekerja terakhir yang mengalami kecederaan dibenarkan pulang daripada hospital pada Jun, menurut MOM.

Siasatan awal mendapati bahawa kejadian itu berpunca daripada "letupan habuk mudah terbakar" melibatkan serbuk pati kentang.

Sejak letupan itu berlaku, sebuah pasukan daripada MOM menjalankan siasatan, yang dipermudahkan oleh Peguam Negara, menurut MOM.

"Ini termasuk mengunjungi tapak kejadian dan mengumpul bukti, mengenal pasti serta menemu bual saksi-saksi utama, dan mengarahkan ujian forensik dan simulasi pakar bagi mesin dan bahan-bahan yang terlibat dalam kejadian itu," menurut MOM.

Para saksi fakta dan pakar dijangka memberi testimoni masing-masing semasa bahagian pertama perbicaraan itu, menurut MOM.

DIBUKA KEPADA ORANG AWAM

Semua perbicaraan jawatankuasa siasatan itu dibuka kepada orang awam dan media, dengan jumlah terhad sejajar dengan langkah pengurusan selamat, menurut MOM.

Bahagian pertama perbicaraan awam itu akan diadakan di Mahkamah 8A di Mahkamah Negara dari pukul 10.00 pagi hingga 5.00 petang pada tarikh-tarikh berikut: 20 hingga 24 September, 27 September hingga 1 Oktober dan 4 hingga 8 Oktober.

Masa dan tarikh adalah seperti tertera dan mungkin tertakluk kepada perubahan, menurut MOM. Butiran mengenai sesi kedua perbicaraan awam akan diumumkan pada tarikh kemudian. 

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan