Skip to main content

Singapura

Perbicaraan AMKTC: Wanita simpanan bekas GM bayar yuran ejen sendiri, dakwa pihak pembela

Wanita yang mempunyai hubungan sulit dengan seorang bekas pengurus besar Majlis Bandaran yang dituduh menerima wang sogokan membayar yuran ejennya sendiri untuk bekerja di Singapura, dakwa pihak pembelaan pada Jumaat (16 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Perbicaraan AMKTC: Wanita simpanan bekas GM bayar yuran ejen sendiri, dakwa pihak pembela

(Gambar: Nuria Ling/TODAY)

Diterbitkan : 16 Nov 2018 11:29PM Dikemas Kini : 16 Nov 2018 11:32PM

SINGAPURA: Wanita yang mempunyai hubungan sulit dengan seorang bekas pengurus besar Majlis Bandaran yang dituduh menerima wang sogokan membayar yuran ejennya sendiri untuk bekerja di Singapura, dakwa pihak pembelaan pada Jumaat (16 Nov).

Ini berlainan daripada hujah pihak pendakwa pada Selasa (13 Nov). Timbalan Pendakwa Raya Awam Jiang Ke-Yue telah menunjukkan sekeping gambar di mahkamah yang menunjukan resit 3,000 yuan (S$596) kepada seorang ejen.

Gambar tersebut dipercayai dihantar pada Jun 2016 oleh Chia Sin Lan, pengarah syarikat yang dituduh memberi rasuah kepada bekas pengurus besar Majlis Bandaran Ang Mo Kio (AMKTC) Victor Wong Chee Meng, kepada kontraktor upahan Chia, iaitu Tay Eng Chuan.

Encik Tay mempunyai saham dalam syarikat Chia, 19-NS2 Enterprise dan bekerja untuk Chia.

Dia membantu Chia dalam urusan kewangan, dan menyimpan rekod aliran masuk dan keluar wang syarikat itu, dalam satu lejar yang ditulis sendiri.

Menurut Encik Tay, saksi utama pihak pendakwa, wang itu sebenarnya untuk seorang ejen menguruskan wanita simpanan Wong dari China, Xu Hongmei.

Wong dituduh menerima rasuah sekitar S$107,000 daripada Chia antara Disember 2014 hingga September 2016 bagi mendapatkan kontrak-kontrak yang dianugerahkan kepada 19-NS2 dan syarikat Chia yang lain, 19-ANC Enterprise.

Perbicaraan akan disambung semula pada Isnin (19 Nov).

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita