Skip to main content

Singapura

Perbicaraan AMKTC: Pengarah syarikat akan mengaku bersalah beri suapan

Seorang pengarah syarikat yang didakwa memberi rasuah kepada bekas pengurus besar Majlis Bandaran Ang Mo Kio (AMKTC) sebagai ganti mendapatkan projek daripada majlis bandaran itu, dijangka mengaku bersalah atas pertuduhan rasuah.

Anggaran Waktu Membaca:
Perbicaraan AMKTC: Pengarah syarikat akan mengaku bersalah beri suapan

Chia Sin Lan akan mengaku bersalah dalam perbicaraan AMKTC (Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 19 Mar 2019 07:04PM Dikemas Kini : 19 Mar 2019 07:08PM

SINGAPURA: Seorang pengarah syarikat yang didakwa memberi rasuah kepada bekas pengurus besar Majlis Bandaran Ang Mo Kio (AMKTC) sebagai ganti mendapatkan projek daripada majlis bandaran itu, dijangka mengaku bersalah atas pertuduhan rasuah. Ini menyusuli keputusan seorang lagi tertuduh untuk mengaku bersalah.

Chia Sin Lan, 63 tahun, menyatakan niatnya beberapa minggu selepas bekas pengurus besar AMKTC Wong Chee Meng, 59 tahun, berkata dia mahu mengaku bersalah atas tuduhan rasuah pada awal Mac.

Chia didakwa memberi Wong pelbagai bentuk sogokan yang kesemuanya bernilai kira-kira S$107,000 dari Disember 2014 hingga September 2016, sebagai imbalan untuk mendapatkan projek untuk firma-firmanya, 19-ANC Enterprise dan 19-NS2 Enterprise.

Selepas Wong, menerusi peguam belanya menyatakan niat untuk mengaku bersalah pada hari pertama bahagian terakhir perbicaraan itu, hakim mendengar semua pihak di mahkamah selama beberapa hari.

Pada Selasa (19 Mac), tarikh bagi kedua-dua lelaki itu untuk mengaku bersalah ditetapkan untuk Isnin depan.

Chia dibebaskan dengan ikat jamin S$200,000, manakala Wong menjelaskan separuh jumlah jaminan itu.

Sekiranya didapati bersalah, kedua-dua lelaki boleh didenda sehingga S$100,000 dan dipenjara sehingga tujuh tahun bagi setiap pertuduhan, manakala dua syarikat milik Chia boleh didenda sehingga S$100,000 setiap satu.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita