Skip to main content

Singapura

Perbicaraan AHTC: Sylvia Lim beri maklumat 'orang dalam'

Pengerusi parti Pekerja, Cik Sylvia Lim, memberi maklumat 'orang dalam' kepada FM Solutions & Services atau FMSS semasa proses tender bagi kontrak ejen pengurusan kedua majlis bandaran.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 24 Oct 2018 07:58PM Dikemas Kini : 24 Oct 2018 08:55PM

SINGAPURA: Pengerusi parti Pekerja, Cik Sylvia Lim, memberi maklumat 'orang dalam' kepada FM Solutions & Services atau FMSS semasa proses tender bagi kontrak ejen pengurusan kedua majlis bandaran.

Demikian dakwaan oleh peguam plaintif, Encik Davinder Singh, terhadap Cik Lim apabila beliau dibicarakan pada hari ke-14 kes saman sivil yang melibatkan Majlis Bandaran Aljunied-Hougang dan Majlis Bandaran Pasir Ris-Punggol.

Encik Singh berkata Cik Lim memberikan maklumat kepada FMSS agar ia boleh mewajarkan alasan atas sebutan harga tingginya kepada jawatankuasa penilaian tender untuk memenangi bidaan.

Beliau merujuk kepada satu emel yang dihantar oleh Cik Lim kepada FMSS dua hari sebelum satu mesyuarat penilaian tender pada 2012 .

Menurut Encik Singh, butiran emel itu telah memberi amaran awal kepada FMSS bahawa ia mungkin diminta untuk menyediakan penjelasan tentang perbezaan harga.

Encik Singh juga mencadangkan bahawa Cik Lim tidak mahu sesiapa tahu tentang hal itu.

Ini menjelaskan mengapa jawatankuasa tersebut ataupun RSM Ethos - syarikat yang dilantik untuk memeriksa proses tender dan penilaian majlis bandaran Aljunied-Hougang tidak disertakan ke dalam emel berkenaan.

Akhirnya, FMSS merupakan satu-satunya syarikat yang membuat bidaan.

Sumber : CNA/FZ/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita