Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Perbezaan tambang kecil bagi lokasi berdekatan satu sama lain, tegas Grab

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Grab pada Jumaat (29 Jul) menyatakan lokasi berdekatan antara satu sama lain boleh dikenakan tambang yang berbeza jika ia terletak di "zon" berasingan dalam peta.

Grab mengeluarkan kenyataan tersebut selepas video yang dimuat naik ke TikTok mendakwa terdapat percanggahan dalam model tambang Grab tersebar luas di media sosial. 

Sesetengah pengguna berkata, tambang lebih murah apabila mereka menaip destinasi secara manual jika dibandingkan dengan memilih destinasi yang sama daripada senarai tempat yang sudah disimpan. 

Menjawab pertanyaan Mediacorp, Grab menegaskan bahawa perbezaan tambang bukan disebabkan oleh ciri 'Saved Places' dalam aplikasi mereka. 

"Algoritma tambang kami membahagikan Singapura kepada beberapa zon kecil di peta mengikut garis lintang (latitud) dan garisan bujur (longitud), berdasarkan sistem global Geohash, dedah jurucakap Grab kepada Mediacorp. 

"Lantaran itu, lokasi berdekatan satu sama lain secara fizikal boleh berada dalam dua zon berbeza dengan keadaan permintaan dan bekalan yang berbeza pada satu-satu masa, sehingga mengakibatkan tambang yang berbeza." 

Menurut Grab, matlamat ciri 'Saved Places' adalah untuk memudahkan penumpang memilih lokasi naik turun kenderaan yang kerap digunakan. 

Para penumpang yang memanfaatkan ciri tersebut tidak perlu menaip alamat mereka setiap kali mereka membuat tempahan.

Dari segi tambang, Grab turut menyatakan bahawa model penetapan tambangnya mengimbangi pelbagai faktor, termasuk bekalan dan permintaan, jarak perjalanan dan memastikan pemandu diberi pampasan yang adil.

Apabila lokasi menaiki kenderaan sangat dekat antara satu sama lain, sistemnya "biasanya" memastikan perbezaan tambang kecil, menurut Grab. 

"Kami akan terus berusaha untuk berbuat sedemikian," menurut Grab lagi. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan