Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Perberhentian kerja harus jadi langkah terakhir sedang syarikat berusaha jimatkan kos tenaga manusia

Pemberhentian kerja seharusnya menjadi langkah terakhir yang diambil oleh syarikat-syarikat demi mengurangkan kos tenaga manusia. 

Anggaran Waktu Membaca:
Perberhentian kerja harus jadi langkah terakhir sedang syarikat berusaha jimatkan kos tenaga manusia

(Gambar fail: Marcus Mark Ramos)

Diterbitkan : 20 May 2020 08:24PM Dikemas Kini : 20 May 2020 08:25PM

SINGAPURA: Pemberhentian kerja seharusnya menjadi langkah terakhir yang diambil oleh syarikat-syarikat demi mengurangkan kos tenaga manusia.

Perikatan tiga pihak hari ini (20 Mei) mengeluarkan nasihat bagi memberi panduan kepada para majikan dan kakitangan mengenai faedah pemberhentian kerja yang harus dibayar, sekiranya langkah itu tidak dapat dielakkan di tengah-tengah iklim ekonomi sedia ada.

Menurut kenyataan bersama Kementerian Tenaga Manusia (MOM), SNEF dan NTUC itu, para majikan yang berada dalam kedudukan kewangan baik perlu terus membayar faedah pemberhentian kerja mengikut kontrak pekerjaan sedia ada.

Para majikan yang perniagaan mereka terjejas pula harus bekerjasama dengan kesatuan sekerja atau para kakitangan untuk merundingkan semula faedah pemberhentian kerja yang adil, dikaitkan dengan tempoh tahun perkhidmatan mereka.

Majikan-majikan yang mengalami masalah kewangan teruk walaupun dengan bantuan pemerintah pula harus berunding dengan kesatuan sekerja mengenai pakej faedah pemberhentian kerja.

Majikan yang bukan ahli kesatuan sekerja harus memberi sokongan dengan membayar faedah pemberhentian kerja dalam bentuk sebanyak satu hingga tiga bulan gaji.

Para majikan dinasihati supaya bersikap empati terhadap para kakitangan dan memastikan langkah pemberhentian kerja yang dijalankan mematuhi Nasihat Perikatan Tiga Pihak. 

Sumber : CNA/AI/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan