Skip to main content

Singapura

Perbelanjaan SG dijangka lebihi hasil pendapatan negara

Anggaran Waktu Membaca:
Perbelanjaan SG dijangka lebihi hasil pendapatan negara

(Gambar: Marcus Mark Ramos/CNA)

SINGAPURA: Perbelanjaan pemerintah dijangka melebihi hasil pendapatan negara, seawal tiga tahun akan datang.

Ia mungkin naik sekitar 20 peratus daripada GDP menjelang 2030. Demikian menurut Kementerian Kewangan (MOF) dalam kemas kini berhubung ramalan fiskalnya pada Rabu (8 Feb).

MOF menyatakan, pendapatan tambahan mungkin diperlukan bagi mengimbangi belanjawan negara pada masa terdekat.

Jagaan kesihatan, yang kini berada di paras 18 peratus daripada GDP, akan menjadi pemacu utama kenaikan dalam perbelanjaan negara.

Sebaliknya, jumlah pendapatan negara, kini merangkumi sekitar 18.5 peratus daripada GDP.

Lantaran itu menurut MOF, pendapatan hasil mahsul negara tidak akan mencukupi untuk menampung kenaikan dalam perbelanjaan negara pada tahun-tahun mendatang.

Semasa Belanjawan 2022, pelbagai perubahan pada cukai diumumkan termasuk GST dan cukai pendapatan lebih tinggi.

Semua itu jelas MOF, "perlu untuk merapatkan jurang perbelanjaan" tersebut dan dijangka menambah pendapatan negara sebanyak 0.7 peratus daripada GDP setahun.
Sumber : BERITA Mediacorp/MM/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita