Perbelanjaan Pemerintah mungkin melebihi 20% GDP jelang 2030; GST dan langkah cukai lain bantu rapatkan jurang
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapura menjangkakan perbelanjaan Pemerintah akan meningkat kepada sekitar 19 hingga 20 peratus Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) bagi tahun kewangan antara 2026 hingga 2030, dan mungkin menjangkaui 20 peratus menjelang hujung dekad ini.
Perbelanjaan bagi khidmat jagaan kesihatan akan merupakan pemacu utama perbelanjaan negara lebih tinggi yang buat masa ini adalah 18 peratus daripada GDP.
Dalam pada itu, pendapatan Pemerintah secara keseluruhan - merangkumi pendapatan operasi seperti pungutan cukai dan bukan cukai, dan Sumbangan Pulangan Pelaburan Bersih (NIRC) - yang kini berada sekitar 18.5 peratus daripada GDP.
Jumlah pendapatan tersebut tidak mencukupi untuk meliputi perbelanjaan lebih tinggi yang dijangkakan pada beberapa tahun akan datang, menurut Kementerian Kewangan (MOF) dalam kertas yang dikeluarkan pada Rabu (8 Feb).
Maka itu, untuk merapatkan jurang tersebut, pelbagai perubahan cukai yang diumumkan pada Belanjawan 2022, termasuk kenaikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan penyesuaian terhadap kadar cukai hartanah dan cukai pendapatan peribadi, perlu dilakukan, menurut MOF.
Langkah-langkah tersebut dijangka meraih pendapatan tambahan sebanyak sekitar 0.7 peratus daripada GDP setiap tahun.
"Tanpa langkah-langkah pendapatan yang dibuat pada Belanjawan 2022, jumlah pendapatan mungkin merosot di bawah paras unjuran perbelanjaan pemerintah bagi dekad ini," tambah MOF.
Namun, MOF turut memberi amaran, unjuran dalam kertasnya itu tidak mengambil kira langkah dasar pada masa akan datang yang mungkin diperlukan untuk menghuraikan pelbagai cabaran.
Cabaran-cabaran tersebut termasuk persekitaran luaran yang mengalami pertumbuhan daya pengeluaran tenaga manusia yang semakin perlahan, persaingan lebih sengit bagi pelaburan sejagat dan ketegangan geopolitik.
Di dalam negeri, Singapura menyaksikan penduduk yang semakin menua dan memerlukan bukan saja pelaburan dalam jagaan kesihatan, tetapi juga kerja naik taraf prasarana. Lebih banyak juga harus dilakukan dalam aspek latihan bagi pekerja dan memperkukuhkan lagi sokongan sosial di tengah-tengah keadaan yang semakin tidak menentu dan gangguan.
Tambahan itu, pertumbuhan ekonomi yang tinggi dan kelebihan pendapatan yang dinikmati pada tahun-tahun 1990-an tidak mungkin berulang, menurut MOF, bermakna "ruang kewangan Singapura kini lebih ketat" berbanding beberapa dekad yang lalu.
Justeru, sekiranya perbelanjaan semakin meningkat, Singapura "mungkin memerlukan pendapatan tambahan untuk mengimbangi belanjawan pada jangka sederhana", menurut MOF lagi.
"MUNGKIN PERLU PENDAPATAN TAMBAHAN"
MOF menarik perhatian, unjuran dalam kertas yang dikeluarkannya menunjukkan "perbelanjaan lebih tinggi Pemerintah diimbangi oleh jumlah pendapatan pada tahun-tahun mendatang".
"Namun kami tidak mengambil kira langkah dasar lanjutan yang mungkin dilakukan Pemerintah antara sekarang hingga 2030, di mana syarat-syarat sumbernya masih belum ditentukan," tambah MOF.
"Bergantung kepada reka bentuk dan skala langkah-langkah tersebut, kami mungkin memerlukan pendapatan tambahan untuk mengimbangi belanjawan pada jangka sederhana."
Sambil menekankan bahawa kekuatan kewangan merupakan "kelebihan daya saing utama" Singapura, MOF menyatakan, Pemerintah akan terus meneliti semula dan menyesuaikan strategi kewangannya untuk menyokong "aspirasi penduduk dengan cara yang adil kepada kedua-dua generasi warga Singapura sekarang dan akan datang".

Sumber : CNA/NY/ny
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.